Sunday, December 2, 2007

Walimatul Urus + La Tahzan

Alhamdulillah..segala puji bg Allah yang menjadikan sekalian alam.. kini bermulanya cuti sem serentak dgn cuti sekolah..so pelbagai agenda yang telah dirancang oleh diri ini. bermula dengan menghadiri kenduri sahabat diri ini semasa di SMKA Slim River pada 25hb november. Alhamdulillah kini dia sudah bergelar isteri orang. didoakan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Semalam 1hb Disember 2 orang sahabat lg selamat memasuki dunia kekeluargaan. Tahniah diucapkan dan semoga berbahagia ke akhir hayat.

Diri ini sedar yang diri ini masih lagi 'lemah' dalam menghadapi ujian Allah. Semoga jodoh diri ini dipermudahkan.

Hari ini diri ini pergi membeli sebuah buku yang kerap diri ini dengar mengenainya. Banyak yang mengatakan 'kehebatan' buku ini. Buku yang dimaksudkan ialah 'La Tahzan - Jangan Bersedih'. InsyaAllah diri ini cube baca dan fahami isinya.

Tuesday, November 20, 2007

Tazkirah

Sebentar td diri ini mendengar ceramah ustaz shamsuri berkenaan salam..kita dilarang oleh Rasulullah memberi salam dengan ucapan..alaikassalam..kerana itu ucapan salam kepada orang yang telah mati. Ucapan yang dianjurkan oleh Rasullullah ialah Assalamualaikum warahmatullah...

Selepas solat isyak di masjid td..Imam telah membuat sedikit tazkirah berkenaan merapatkan saf. Masih de lagi sahabat yang tidak memahami kehendak merapatkan saf dalam solat. Sesungguhnya merapatkan saf itu sebahagian daripada kesempurnaan solat.

p/s - tegurlah diri ini andai ade kesilapan.

Monday, November 19, 2007

Stage 1

Allahmdulillah..sebentar td baru sahaja diri ini menandatangani surat penyerahan thesis, presentation nye pula pada hari khamis ini, then jumaat pula submittion report. syukur kehadrat AR Rahman dan Ar Rahim yang memberi keizinan untuk diri ini menyiapkan thesis board..alhamdulillah semuanya mengikut perancangan.



Bila diri ini melihat kembali perjalanan hidup diri ini dalam semestar ini yang yang diri ini belajar dan byk juga perubahan yang perlu diri ini lakukan. Diri ini sedar byk kesilapan yang terdahulu yang telah diri ini lakukan..insyaAllah..sekarang diri ini cube melakukan perubahan. Ya Allah berilah diri ini kekuatan dalam mendapat keredhaan-Mu.

2 hari yang lepas diri ini ada membaca tulisan sahabat2 di blog. MasyaAllah..tulisan yang ditulis membawa seribu makna kepada diri ini. bermula dari soal keperibadian hinggalah kepada soal sosial kemasyarakatan. Kini diri ini memulakan langkah dalam melakukan perubahan..

Kepada sahabat ku sekalian, marilah kita melakukan perubahan ke arah kebaikan. jangan engkau risaukan hinaan dunia, risaukan hinaan akhirat kelak..itu yang pasti.
Diri ini sedarlah tanggungjawab mu adalah untuk mentauhidkan Allah, menurut segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Sedarlah bahawa segala nikmat yang ada pada diri ini bukan hak mutlak..ianya hanya pinjaman..Diri ini tidakkah engkau sedar bahawa hidup ini menuju ke arah garisan penamat. Di sana terdapat permulaan yang kelak adabi.

Diri ini inginkan cinta Allah. Diri ini sedar diri ini masih berada di dalam 'keseronokan dunia'..diri ini inginkan pembebasan terhadap dosa-dosa ini. Ya Allah permudahan segala urusan ku. Berilah aku dan sahabat ku petunjuk dan rahmat-Mu.

Monday, November 12, 2007

Semangat Perjuangan

Salam'alaik..setelah sekian lama tidak meng'update' blog ini kerana 'halangan' yang menimpa diri ini..kini barulah terasa semangat untuk menulis. Teruja dengan tulisan sahabat2 di blog berkenaan Perhimpunan 100k rakyat anjuran BERSIH. Kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh setiap peserta yang terlibat dalam menjayakan perhimpunan itu. Tahniah kepada setiap yang terlibat, diri ini teringin sgt ingin melibatkan diri tetapi apakan daya diri ini masih 'terikat' dgn pekeliling yang dikeluarkan serta masa yang tidak mengizinkan.



Tapi semangat diri ini tidak padam.diri ini mengikuti perjalanan 'gelombang kuning' menerusi tvPAS yang menyiarkan video pada petang itu. Diri ini sangat2 teruja melihat semangat pejuang yang tidak gemtar 'merempuh' sekatan yang dibuat..diri ini mendownload pelbagai version video perhimpunan untuk tatapan, biarpu berulang kali ditonton diri ini tidak penah jemu..sampai ada rakan yang berkata 'ko tak boring ke asyik tgk video ni je?'



Apa yang penting di sini bukan lah berkenaan 'keseronokan' melihat kebangkitan suara rakyat tetapi yang lebih penting tujuan perhimpunan itu dalam mentarbiah diri ini. Bagi diri ini melihat peristiwa ini merupakan teguran kepada golongan pemimpin yang kadang kala 'tergelincir' dari landasan Allah. Kadang kala golongan pemimpin ini alpa dan terlupa akan tanggungjawab, maka tanggungjawab kita untuk menegur mereka.

Oleh itu diri ini sedarlah..perjuang bukan berakhir dengan berakhirnya perhimpunan itu. Masih banyak lagi yang perlu dilakukan. Masih jauh lagi perjuangan diri ini. Teruskan semarakan semangat pejuang ini. Semoga pejuangan ini mendapat redha Allah dan moga Allah mempermudahkan segala urusan kita dalam menegakkan Kalimah Allah di muka bumi dan membantu kita dalam mencegah kemungkaran.

Diri ini, persiapkanlah diri mu sebelum melangkah../

Tuesday, November 6, 2007

Ana @ Diri Ini

Diri ini merancang melalui jalan yang lurus tanpa 'kesesakan', namun kerap kali diri ini tersesat ke lorong yang sempit dan bengkang-bengkok. Kadang kala terbabas jauh dalam 'kegelapan'. Lemahnya diri ini dalam menghadapi 'dunia'.

Bagaimana untuk diri ini beroleh kekuatan iman dan keteguhan hati dalam menghadapi pancaroba yang mendatang. Diri ini ingin kan syurga tapi masih lagi lalai dalam melakukan amal soleh, diri ini takutkan neraka tetapi masih lagi melakukan dosa.

Itulah diri ini.

Tuesday, October 30, 2007

Roda Iman

Ya Allah..ampunkan dosa diri ini yang sering kali gagal dalam 'berperang' dengan musuh-Mu..diri ini sedar akan dosa dan akibatnya..tp diri ini sering kali tersesat di dalam cahaya...Ya Allah..tambahilah Iman dalam diri ini..Ya Allah...ampunkan lah diri ini yang sering alpa...Ya Allah, berikanlah aku hidayah dan rahmat-Mu sepanjang masa..

Banyak perkara yang telah terjadi pada diri ini..diri ini ingtlah keseronokan dunia itu membawa kepada kesengsaraan di akhirat kelak..diri ini carilah kekuatan dalam memperkukuhkan benteng dalam menghadapi musuh yang nyata..Ya Allah..permudahkan lah segala urusan diri ini...

Diri ini takutkan api neraka..tp mengapa diri ini masih lg membuat dosa..Ya Allah ampunkan dosa diri ini..Ya Allah..ampunkan dosa diri ini...Ya Allah..ampunkan dosa diri ini...Ya Allah kuatkan lah iman diri ini...tetapkan lah iman diri ini..jgn biarkan diri ini tunduk pada nafsu dan juga keseronokan dunia..ya Allah..bantulah diri ini..

Wednesday, October 24, 2007

Jubah Dan Diri Ku

Diri ini telah mengenakan jubah bagi menyambut 1 syawal yang lalu. Ini adalah reaksi orang di sekeliling.

Situasi 1
Mak Cik A : Sape la yang datang ni? Ustaz mane lak ni?
Diri ini : Ni amy la mak cik..
Mak Cik A : Ler ingat ustaz mane td..

Situasi 2
Pak Cik B : Eh sape tu? Ler ingat sape td..ha baru balik mekah ke?
Diri ini : 'Teringin nye nk gi Mekah'...cakap dlm ati...

Situasi 3
Pak Cik C : Tuan syeikh...

Situasi 4
Pak Cik D : Ler ingt ustaz td...

Situasi 5 Selepas solat asar di Masjid kat Besout
Abis je sembahyang ramai yang datang salam..Abg E dah gelak2 dah..mesti diorg ingt hang baru balik jordan..hahaha

Macam-macam lagi perkara yang berlaku..tp bg diri ini tak de masalah. Tak salah rasanya diri ini pakai jubah..bukan de kacau/ganggu sesiapa pon..bukan diri ini pakai baju orang lain pon..Mak Abah selalu cite..kat Mekah, orang bawak trailer pon pakai jubah..org bwk teksi pakai jubah..semua org pakai jubah..x de pon masalah kan.

Friday, October 19, 2007

Seminggu Berhari Raya

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Kini ramadhan telah meninggalkan kita di sambut pula dgn kedatangan syawal yang mulia. Seperti tahun-tahun yang lalu, kedatangan syawal disambut meriah oleh semua org..tak kira kecik, besar tua muda, yang berpuasa dan yang tidak berpuasa..sesungguhnya hari raya itu adalah untuk orang yang berpuasa.

3 hari sebelum kita beraya, Dr. Sheikh Muzaffar telah selamat berlepas ke ISS. Terasa bangga dalam diri ini bilamana seorang Islam berjaya sampai ke ISS..biarpon beliau bukanlah org Islam yang pertama..tapi bangga kerana beliau merupakan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Sepatutnya kita tidak sahaja melihat perkara ini sebagai suatu sejarah..tetapi melihat dgn lebih jauh dan mendalam apa yang telah Allah nyatakan di dalam Al-Quran..saya tidak hafal ayatnya tapi saya masih ingat sedikit tafsirnya "terokai lah kamu hingga ke langit sekiranya kamu berkuasa"..maaf saya lupa dari surah apa tp apa yang penting disini memang Allah telah khabrkan kepada kita..cuma mungkin kita sahaja yang masih alpa..sedarlah diri ini.

Sehari sebelum berhari raya berbagai persiapan dilakukan..diri ini turut sama dalam menyiapkan rendang, ketupat, lemang dll..di sinilah terasa indahnya dan eratnya hubungan silaturahim. Sudahlah diri ini jarang dapat pulang ke kampung..begitu juga dengan abang dan kakak..so ini lah masa kita mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Abah mesin rumput, Mak bakar Lemang, Abg Awie membersihkan halaman rumah, Adik Yah basuh tingkap, Adik Udin sapu sampah, Kakak dan saya menyiang daging untuk dibuat rendang..Abg E datang lewat..so sempat la tolong kemas2kan dapur..hehehe.


Dengan cuti yang pendek, sempat la jugak diri ini berhari raye..raye yang pertama ke rumah jiran-jiran...pergi ke rumah mak cik siah, mak cik, mak long, mak cik ros dan umah mak su. Nasib baik sempat beraya sebab ramai sgt yang datang pada hari raya pertama tu. Raya ke-2 bawak mak balik kampung di Sg. Siput..lame dah diri ini tidak pulang beraya di kampung mak..hati ini tersentuh bila naik ke rumah peninggalan Arwah Mak Kimat yang sekarang didiami anak angkatnya. Kemudian beraya ke rumah rakan2 arwah mak kimat..pergi rumah pak we, wan kiah, tok lah, tok mat dll..tal lupe jugak rumah Mak Sedara Abah..rumah Pah Teh...
Raye ke-3 beraya bersama2 rakan semasa di SMKA Slim River..seronok sgt mendengar pengalaman sahabat2 yang sudah bekerja. Sempat jugak gi mandi-manda TRAP kat Sg. Klah raye ke-4

Diri ini ingatlah, raya memang ler seronok..tapi masih de lagi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan...kembali membuat thesis. Diri ini dan sahabat sekalian..jgn lupe melaksanakan perkara sunat di bulan syawal ini seperti berpuasa 6. InsyaAllah..semoga kita diberi peluang dan kekuatan untuk menunaikannya...ingatlah barangsiapa yang berpuasa penuh di bulan ramadhan kemudian diikuti berpuasa 6 di bulan syawal maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang tahun...

Monday, October 8, 2007

Menjelang Syawal

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah..Tuhan sekalian Alam tiada Tuhan melainkan Allah.
Kini kita berada di penghujung ramadhan yang penuh rahmat dan keberkatan. Bagaimanakah amalan diri ini sepanjang ramadhan kali ini? Semoga Allah menerima segala amalan kita dan menerimanya sebagai amal ibadat..

Setiap yang bermula pasti berakhir..begitu juga dgn ramadhan kali ini...2-3 hari lagi ramadhan akan berakhir dan disambung pula dengan syawal..terasa rindu hati ini kepada suasana ramadhan yang mendamaikan..solat terawih...tadarus al-quran dll lain2 termasuklah bazar ramadhan dgn makanan2 nya..tp itulah hukum dunia..tiada yang kekal..kecuali Allah SWT.

Diri ini mengingtkan pada diri ini dan sahabat..sambutlah syawal dengan penuh rasa kesyukuran..hiasilah syawal kali ini dengan amal takwa..bukan nya dgn perkara2 yang mendatangkan dosa..ya Allah..aku memohon kepada engkau jauhilah diri ini dan sahabat2 ku darp perkara2 yang menghampirkan kami kepada dosa. dalam keseronokan menyambut syawal yang kita lupe menginsafkan diri..kepada yang berkenderaan..memandu@menunggang@membonceng@menumpang diharap berhati-hati di jalan raya..semoga kalian selamat sampai ke destinasi


kepada sahabat-sahabat yang sedang berjuang di perantauan, ingatlah perjuangan anda itu mulia semoga hatimu tabah dan beroleh rahmat Allah..jgn lupe kirimkan khabar berita pada ayah bonda di sini.


Menjelang syawal..diri ini memohon kemaafan kepada setiap jiwa yang mengenali diri ini @ tidak.. diri ini banyak melakukan kesilapan dan ketelanjuran sama ada perbuatan, perkataan, dan tindakan..harap dapat kiranya memaafkan segala kesalahan diri ini..kepada shabat2 yang berada disekeliling..sekali lg diri ini memohon kemaafan atas segala kesilapan..diri ini sedar yang yang salah telah diri ini lakukan..maaf kan diri ini..halalkan makan minumd iri ini sepanjang perkenalan kita..salam aidilfitri...semoga beroleh rahmat Allah yang berterusan...maaf zahir dan batin

Friday, October 5, 2007

Takwa

salam'alaik...alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah rahmatnya..diri ini masih lagi diberi kesempatan untuk merasai ramadhan dan udara di bumi bertuah ini. bagi diri ini terasa sekejapnye masa berlalu..pejam celik pejam celik sudah sampai ke penghujung ramadhan..jika dilihat sejarah lalu para sahabat menangis kerana ramadhan semakin berakhir, kini apa yang kita dapat lihat kebanyakan daripada kita gembira bile ujung ramadhan..memang hak bg orang yang berpuasa untuk merayakan eidul fitri..tp 'rahmat' bulan ramadahn itu tidak terdapat dalam bulan2 lain..itu lah yang para sahabat tagih..

ada dikalangan sahabat kita menganggap ramadhan ini SAHAJA sebagai bulan membuat ibadat..dalam bulan ini sahabiah..sahabat2 perempuan yang tidak memakai tudung..ramadhan akan membuatkan mereka mengeledah almari untuk mencari tudung..Alhamdulillah ada sedikit kesedaran berbanding sahabat yang terus tidak memakai tudung di bulan ramadhan..apa yang lebih penting yang perlu kita perhatian kan ialah nilai keTAKWAan kita kepada Allah. Mungkin dalam bulan ramadhan ini..ramai dikalangan kita yang rapat dengan rumah Allah..ke masjid menunaikan solat fardhu mahupun solat sunat terawih..ada yang bertadarus sepanjang ramdhan.apa yang diharapkan ianya tidak terhenti dgn berakhirnya ramadhan..diharap semua itu dapat diteruskan pada bulan2 akan datang..diri ini bukan lah baik sgt...semua yang diutarakan itu adalah peringatan@tazkirah kepada diri ini dan sahabat sekalian..
sedih melihat keadaan masjid skrg..di awal ramdhan masjid penuh sampai x muat, solat pon di atas tar diluar masjid....pertengahan ramadhan boleh la menepatkan diri di dalam masjid..masih de ruang untuk bersolat...di akhir ramadhan barulah tahu betapa besarnya masjid kia..orang yang hadir sedikit..diri ini..berubahlah..

Diri ini..sedarkah engkau yang umurmu ini bukan semakin banyak..ianya sebenar semakin sedikit..sedarlah..semoga kita sama2 dapat meneruskan amal ibadat yang kita lakukan dibulan ramadhan pada bulan2 mendatang..,

Wednesday, October 3, 2007

Diriku dan Tanggungjawab

alhamdulillah...maha suci Allah yang mencipta manusia dengan sebaik-baik ciptaan.
akhir2 ni hati ini sering resah dan tidak menentu..ramadhan semakin menghampiri penghujung..tp adakah diri ini menggunakan ramadhan ini sebaik mungkin...macam mana amalan yang dibuat..semoga segalanya diterima Allah dan diberi ganjaran pahala. Ya Allah ikhlaskan lah hati ini dalam melakukan setiap amalan dan ianya kerana Mu semata-mata.

kebelakangan ini byk kes anak hilang/culik n bunuh. Diri ini bukan nak bincangkan semua itu salah siapa..tp apakah iktibar dari peristiwa tersebut. sebagai hambanya..kita de tanggungjawab. tanggungjawab pada agama, pada diri dan pada orang disamping kita..termasuklah ibubapa..kaum keluarga..sahabat dan masyarakat. apa yang sering berlaku kini..diri ini lebih mementingkan diri sendiri..lebih memikirkan keuntungan diri sendiri. mungkin perkara2 yang kita tidak ingini ni dapat dielakkan jika kita tahu tanggungjawab kita.

erm..bile bercerita tentang 'esok'..diri ini akan bercakap 'aku nak wat yang terbaik..aku nak berubah jadi baik'...tetapi hati ini kekadang ilang arah..lalai..lupe...sikap malas masih de pekat dalam hati ini. Ya Allah..ampuni lah dosaku dan berikan lah hati ini hidayah dan rahmat Mu ya Allah..

Diri ini ingatlah keseronokan dunia itu hanya sementara sahaja..engkau de tujuan yang lebih utama di sana nanti...ingtkan diri ini akan tanggungjawab yang perlu dibuat..

Friday, September 28, 2007

Janji Allah.

alhamdulillah..setelah seminggu x update blog ni kerana pelbagai perkara yang berlaku, tp hari sempat diri ini mencoret sesuatu..nak kata sibuk tu x la..tp banyak perkara yg datang dan perlu diselesaikan. td berkesempatan bace blog sahabat yang berada di over sea dan emel yang dikirimkan....terasa sikitnye ilmu yang di dada..diri ni masih sikit sangat ilmu bg menghadapi pancaroba kini..insyaAllah diri ini akan trus mencari dan cube mengamalkan ilmu yang sedikit ini..seronok dan kagum melihat perjuangan sahabat dari Malaysia yang berada diluar negara..ukhwah yang terjalin diantar mereka begitu kuat. keyakinan mereka terselah. Rasa hormat dan tanggungjawab yang mereka tunjuk kan buatkan hati ini terfikir akan status khalifah yang ada pada diri ini. andai inilah yang berlaku pada sahabat kita disana memang tidak pelik bila ada yang menyatakan untuk trus tinggal di sana memandangkan keadaan di negara sendiri yang sudah kurang akan penghayatan ilmu dan agama. tapi mereka sedar tanggungjawab mereka pada negara.. mereka tetap akan pulang dan meneruskan pejuangan.
bila dilihat pada diri ini..terasa byk kekurangan yang ada..tp diri ku yakin lah setiap yang berlaku itu ada hikmahnya..setiap manusia itu Allah telah janjikan rezeki masing2..Ingat..jangan engkau putus asa pada rahmat Allah. dan sesungguhnya Allah tidak penah menungkiri janji.

Sunday, September 23, 2007

Botol Yang Cantik

Alhamdulillah..sudah masuk fasa kedua dlm bulan ramadhan..semoga amalan kita di fasa pertama diterima. Teringat saya akan tazkirah yang dibuat di antara solat terawih di Masjid UTM.
Perumpamaan yang dibuat oleh Ustaz Ismail menarik hati saya untuk berkongsi bersama.
Nilai sesuatu botol sama saiz n color itu berubah2 mengikut isi kandungan nya..contohnye andai isinye air mineral mayb juz 2 ringgit..andai isinye minyak so harganya mayb 10 ringgit. andai isinye madu so harga meningkat mayb 20 ringgit. dah harga akan lg mahal andai isinya itu minyak wangi..ini perumpamaan yang dibuat berkenaan apakah yang kita isi dalam bulan ramadhan ini..berapakah nilai amalan kita itu... so pe yang saya dapat dr perumpamaan ini andai kata kite nak nilai yang tinggi isikan lah ramadhan ini dengan isi yang terbaik...marilah kita sama2 mengimarahkan bulan ramadhan ini dengan ibadat yang terbaik..semoga Allah terima segala amal kita dan semoga semua amalan kita diterima sebagai ibadat oleh Allah..insyaAllah.

p/s - berapakah nilai 'botol' saya..?? Ya Allah terimalah segala amal ibadat ku...

Thursday, September 20, 2007

Manisnya Ukhwah

Salam...alhamdulillah diri ini masih dapat menghirup udara kurniaan Allah dgn free nye...diriku bersyukur lah pada Allah S.W.T..terfikir camne la kita ni kalo Allah kene kan charge setiap kali kita sedup udara..so bersyukurlah..

semlm bukan harijadi saya..tp itu seronok nye persaudaraan yang terjalin dengan sahabat2. Ingatkan diorang dah tak ingt nak 'membalas' dendam..rupanya sangkaan saya meleset...tetiba nazuan dtg senyum2..pastu achik dtg pon senyum..saya pon dah rase lain mcm dah n fahmi datang plak bawak tali so saya 'terperangkap'...so cam biasa pas kene ikat n dihujung satu fakulti.. telur, tepung..air nescafe 2 bulan lepas semua de..lengkap..bau nye x yah la cakap..badan dah siap macam doh dah tunggu nak digoreng je lg..tp itu lah die 'keseronokan' bersahabat..

kepada sahabat sekalian..terima kasih..semoga perhubungan yang terjalin ini akan terus subur..semoga kita semua beroleh kejayaan di duia dan akhirat.

Ukhwah Fillah Abdan Abada....

Tuesday, September 18, 2007

Hikmah Dan Rahmat-Nya

alhamdulillah hari ni saya belajar satu lg perkara..hikmah dan rahmat Allah. kekadang diri ini tertanye nape aku dapat skit..nape die dpt banyak..tp pernah ke kite fikir bile kite plak dapat banyak..saya petik ayat dari nasyid yang memberi kesan pada saya.."kesenangan yang datang tak akan selamanya..begitu selepas susah ada kesenangan" satu lg kekadang hati ini merungut tak cukup itu and tak cukup ini..sedarkan diriku bahawa aku skrg cukup bertuah jika dibandingkan dgn saudara ku yang di palestin di kosovo di iraq di afganistan dalam lain lagi..saya teringat satu lagu dari kumpulan the zikr..."apa yang ada jarang di syukuri apa yang tiada sering dirisaukan..."

oleh itu..diriku engkau sepatutnye bersyukur..dan akal ku engkau sepatutnye berfikir bertapa bertuahnye nikmat dan rahmat yang telah Allah kurniakan kepada diri ini..nikmat yang tidak dapat dibeli..nikmat Islam dan Iman..maka peliharakan lah dan martabatkan lah ia...

Sunday, September 16, 2007

Hijrah

Saya bertanye kepada diri sendiri..nape ko berubahan? terus saya cakap kite diberi suatu yang amat bernilai iaitu IMAN..bukan mudah untuk perolehi nye dan bukan mudah juga untuk menjaga nye. Saya kene berubah untuk beroleh yang lebih baik di masa depan..kita tidak kekal hidup di dunia ni. Seronok n kebahagiaan duniawi ni tidak kekal..yang lebih penting beroleh kebahagiaan di akhirat kelak.. saya terus bertanye ape yang buat ko berubah? saya sedar saya banyak de wat salah wat dosa..benda ni lah yang wat saya rase tidak selesa..saya bukan org yang sempurna oleh itulah sy perlu berubah kearah yg lebih baik..

Allah menganugerahkan akal kepada kita. saya rase bg seorg yang berakal die dapat bezakan yang baik dan yang buruk..tau panas tau sejuk..bile kite cakap masuk neraka semua org tahu api neraka itu panas..tp itu ler kelemahan diri ini yang still nak wat dosa..itu la yang perlunye hijrah..kekadang org cakap tunggu ler dulu..nnti ler baru wat amal..tp tanye diri balik..sempat ke? mati tu x penah tunggu kita..takut tak sempat..mati x tunggu tua..de yg td baru sembang dgn kite tp setengah jam pastu die meninggal..so pe yg patut kite ambil pengajaran..semua ini peringatan bagi orang berfikir.

orang bercakap..eh ko sebelum ni wat dose itu ini..betul itu salah diri ini..pe yang saya cube skrg ialah berhijrah ke arah perkara yang betul dan meninggalkan larangannye..

Ya Allah..aku mohom kepada-Mu tetapkanlah iman ku, Islamku di dunia dan akhirat..matikan Aku dalam iman dan Islam..golongkan aku dalam golongan yang beroleh rahmatMu di dunia dan akhirat..Ya Allah bagilah aku kebahagiaan di dunia dan akhirat.

Saturday, September 15, 2007

alhamdulillah..skrg dah masuk hari ketiga kite berpuasa..tak byk yang saya buat hari ni...cume nak mengingatkan diri ini tentang pentingnye menjaga lidah..sekarang ni pe yang saya cube wat nak kurangkan bercakap...(sy ni byk cakap..so byk ckp byk ler wat salah)...tambah plak lidah ni x kene tax bile bercakap..tp boleh ke? itu la yang Rasulullah s.a.w nak umatnye menjaga lidah..hope kepada sahabat2 leh la tegur saya kalo byk sgt ckp..ok. byk lg kelemahan yang perlu saya perbaiki..kekadang terfikir bukan mudah nak jadi baik tp nak jadi x baik mudah sgt...dulu de berbincang dgn abah orang sekarang ni kekadang bile kite nak wat baik lak orang akan perleceh...dan org boleh berbangga plak dgn kejahatan yang die wat...

p/s - rindu nak berbuka bersama family..

Thursday, September 13, 2007

Tetang Hati..Lillallahi Taala.

2-3 hari lepas saya de berbincang dgn seorg sahabat berkenaan dengan hati..bukan mudah untuk mendidik hati..tadi pon saya sempat dengan kuliah dari seorg ustaz di radio ikim berkenaan dgn hati..antara isi kuliah tersebut adalah berkenaan ramai org yang puasa di bulan ramadhan tetapi ianya sia-sia kerana hati nye..de perasaan riak. harap kita tidak tergolong dalam golongan org yg rugi tu. saya juge de membaca sebuah buku berian along..de perkara yang menarik hati saya nak berkongsi dgn sahabat sekalian..berkenaan "kesungguhan hati dalam membenci maksiat"...melepaskan hati dari dosa. untuk cegah dosa yang disebabkan kejahilan dan kelengahan adalah dengan belajar dan mengamalkan ilmu yg telah dipelajari...bertakwa kpd Allah, bergaul dgn para ulama yg selalu menunjukkan kebaikkan dan menerangkan akibat2 dosa. bagi mencegah dosa yang disebabkan oleh hawa nafsu adalah menanamkan kesabaran dlm jiwa, memelihara pandangan dan kemaluan @ memperbanyakan puasa, sedekah, istifar dan memohon perlindungan Allah dr gangguan syaitan..semua adalah peringtan kepada diri sendiri..dan saya hanya nak berkongsi..mari kite mengimarahkan rumah Allah bg menunaikan solat terawih...semoga hari ini lebih baik dari semalam..insyaAllah..
Ya Allah..peliharalah hati ini agar sentiasa ikhlas dalam beribadat kepada Mu...tetapkan kami dalam Islam dan iman hingga ke akhir hayat..

Wednesday, September 12, 2007

Ahlan Wasahlan Ya Marhaban Ramadhan Al-Mubarak

alhamdulillah..baru kini saya ade kekuatan untuk menulis blog..kiranya de salah dan silap harap kalian dapat perbetulkan..saya insan yang masih mencari ilmu..byk lagi yg belum saya pelajari..terasa sedikitnye ilmu nye..dan ape yg ade pon tak terbuat sepenuhnya lg..di sini pon saya masih lg mencari kekuatan bg diri ini untuk melalui masa mendatang..

syukur kehadrat ilahi..kini kita dipertemukan kembali dengan Ramadhan Al-Mubarak...bertuah nye kita kerana masih diberi kesempatan untuk melalui nya lg..erm..selepas solat maghrib td saya berjalan kaki ke masjid..terasa bertuahnye badan masih di beri hidayah untuk menuju ke masjid..saya lihat masih de sahabt yg masih berseluar pendek..de yg still main bola..tertanya juga adakah kehadiran ramadhan ini masih tidak disedari..sedeynye.. ramadhan inilah bulan penuh rahmat..marilah kita mengimarahkan bulan ini dengan amal ibadat...

maafkan saya andai tulisan saya ini mengguris perasaan atau salah sangka..ambillah mana yang boleh dijadikan iktibar dan tinggalkan lah yg buruk..

ahlan wasahlan ya marhaban ya ramadhan...semoga kita beroleh kemenangan di dunia dan akhirat kelak..insyaAllah..