Friday, September 18, 2009

28 Ramadhan yang panjang

Alhamdulillah...bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya dapat diri ini menjalani ibadat puasa 1430H. Hari ini merupakan 28 Ramadhan 1430H yang panjang. Bermula dengan sahur makan mee gorng skit and nasi goreng skit. Pastu solat subuh.. Kemudian terfikir nak beli barang untuk dibawa blk ke kampung.

Memandangkan boss sudah start bercuti, so diri ini mengambil keputusan utk 'masuk lewat' ke pejabat. Perancangan dibuat dengan kakak tersayang...pergi Mydin, USJ.

Jam 8.15..antar message kat kak mimi (Admin), ckp masuk lewat skit. So terus menuju ke Mydin, jam 8.30 sudah ade di Mydin walaupon pintu masih belum dibuka tp diri ini mendapati sudah ramai yang menuju...Pujian diri ini beri kepada Mydin kerana memasang alunan ayat suci Al-quran.

Jam 9 barulah pintu dibuka...terus ber'shopping' membeli keperluan raya dan untuk berbuka puasa. Masa berlalu trus ke pukul 11, diri ini bertolak ke pejabat, dalam perjalanan terfikir diri ini betapa pantas nye masa berlalu sehingga terasa begitu pantas ramadhan berakhir...sedih memikirkan apa yang diri ini telah buat sepanjang ramadhan kali ini..tersa sikit sgt amalan yg dibuat...jam 11.30 diri ini sampai di pejabat.

Selepas solat jumaat, kakak call dan bg tau ikan yg dibeli tertinggal. So diri ini trus g balik USJ dan kembali ke office.

Kini diri ini menanti solat asar sebelum pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Diri ini ingin mengucapkan selamat hari raya..maaf zahir batin. Maafkan lah segala kesalahan diri ini samada secara sengaja atau tidak sengaja...

Berhati-hati di jalan raya...