Allahmdulillah..sebentar td baru sahaja diri ini menandatangani surat penyerahan thesis, presentation nye pula pada hari khamis ini, then jumaat pula submittion report. syukur kehadrat AR Rahman dan Ar Rahim yang memberi keizinan untuk diri ini menyiapkan thesis board..alhamdulillah semuanya mengikut perancangan.
Bila diri ini melihat kembali perjalanan hidup diri ini dalam semestar ini yang yang diri ini belajar dan byk juga perubahan yang perlu diri ini lakukan. Diri ini sedar byk kesilapan yang terdahulu yang telah diri ini lakukan..insyaAllah..sekarang diri ini cube melakukan perubahan. Ya Allah berilah diri ini kekuatan dalam mendapat keredhaan-Mu.
2 hari yang lepas diri ini ada membaca tulisan sahabat2 di blog. MasyaAllah..tulisan yang ditulis membawa seribu makna kepada diri ini. bermula dari soal keperibadian hinggalah kepada soal sosial kemasyarakatan. Kini diri ini memulakan langkah dalam melakukan perubahan..
Kepada sahabat ku sekalian, marilah kita melakukan perubahan ke arah kebaikan. jangan engkau risaukan hinaan dunia, risaukan hinaan akhirat kelak..itu yang pasti.
Diri ini sedarlah tanggungjawab mu adalah untuk mentauhidkan Allah, menurut segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Sedarlah bahawa segala nikmat yang ada pada diri ini bukan hak mutlak..ianya hanya pinjaman..Diri ini tidakkah engkau sedar bahawa hidup ini menuju ke arah garisan penamat. Di sana terdapat permulaan yang kelak adabi.
Diri ini inginkan cinta Allah. Diri ini sedar diri ini masih berada di dalam 'keseronokan dunia'..diri ini inginkan pembebasan terhadap dosa-dosa ini. Ya Allah permudahan segala urusan ku. Berilah aku dan sahabat ku petunjuk dan rahmat-Mu.
No comments:
Post a Comment