Showing posts with label alhamdulillah. Show all posts
Showing posts with label alhamdulillah. Show all posts

Friday, April 10, 2009

Kehidupan - Alhamdulillah

Alhamdulillah..syukur kehadrat Allah S.W.T atas segala rahmatnya. Sudah lama diri ini tidak meng'update' blog diri ini. Syukur hari ini terdapat idea yang ingin ditulis.

Melihat dalam diri ini terasa bertuahnya diri ini bilamana dikurniakan nikmat Islam, kesihatan, keluarga, makan minum, dan lain-lain lagi. Walau bagaimana pun terdapat sedikit masalah sebagai pengajaran buat diri ini dalam mencari erti kehidupan. Semoga Allah memudahkan segala urusan diri ini dan keluarga.

Melihat perkembangan dalam negara, diri ini melihat akan kemeriahkan politik tanah air dan juga perubahan dalam pentadbiran. Semoga Malaysia ditadbir oleh pemimpin yang adil dan mendaulahkan Islam sebagai asas pentadbiran.



Akhir tahun lepas office tempat diri ini bekerja telah mengadakan Office Trip ke Pulau Pangkor. Meriah dan seronok menikmatan keindahan alam ciptaan Allah.







Tuesday, September 18, 2007

Hikmah Dan Rahmat-Nya

alhamdulillah hari ni saya belajar satu lg perkara..hikmah dan rahmat Allah. kekadang diri ini tertanye nape aku dapat skit..nape die dpt banyak..tp pernah ke kite fikir bile kite plak dapat banyak..saya petik ayat dari nasyid yang memberi kesan pada saya.."kesenangan yang datang tak akan selamanya..begitu selepas susah ada kesenangan" satu lg kekadang hati ini merungut tak cukup itu and tak cukup ini..sedarkan diriku bahawa aku skrg cukup bertuah jika dibandingkan dgn saudara ku yang di palestin di kosovo di iraq di afganistan dalam lain lagi..saya teringat satu lagu dari kumpulan the zikr..."apa yang ada jarang di syukuri apa yang tiada sering dirisaukan..."

oleh itu..diriku engkau sepatutnye bersyukur..dan akal ku engkau sepatutnye berfikir bertapa bertuahnye nikmat dan rahmat yang telah Allah kurniakan kepada diri ini..nikmat yang tidak dapat dibeli..nikmat Islam dan Iman..maka peliharakan lah dan martabatkan lah ia...