alhamdulillah...maha suci Allah yang mencipta manusia dengan sebaik-baik ciptaan.
akhir2 ni hati ini sering resah dan tidak menentu..ramadhan semakin menghampiri penghujung..tp adakah diri ini menggunakan ramadhan ini sebaik mungkin...macam mana amalan yang dibuat..semoga segalanya diterima Allah dan diberi ganjaran pahala. Ya Allah ikhlaskan lah hati ini dalam melakukan setiap amalan dan ianya kerana Mu semata-mata.
kebelakangan ini byk kes anak hilang/culik n bunuh. Diri ini bukan nak bincangkan semua itu salah siapa..tp apakah iktibar dari peristiwa tersebut. sebagai hambanya..kita de tanggungjawab. tanggungjawab pada agama, pada diri dan pada orang disamping kita..termasuklah ibubapa..kaum keluarga..sahabat dan masyarakat. apa yang sering berlaku kini..diri ini lebih mementingkan diri sendiri..lebih memikirkan keuntungan diri sendiri. mungkin perkara2 yang kita tidak ingini ni dapat dielakkan jika kita tahu tanggungjawab kita.
erm..bile bercerita tentang 'esok'..diri ini akan bercakap 'aku nak wat yang terbaik..aku nak berubah jadi baik'...tetapi hati ini kekadang ilang arah..lalai..lupe...sikap malas masih de pekat dalam hati ini. Ya Allah..ampuni lah dosaku dan berikan lah hati ini hidayah dan rahmat Mu ya Allah..
Diri ini ingatlah keseronokan dunia itu hanya sementara sahaja..engkau de tujuan yang lebih utama di sana nanti...ingtkan diri ini akan tanggungjawab yang perlu dibuat..
No comments:
Post a Comment