Monday, February 25, 2008

Kepimpinan Dan Diri Ini

Assalamualaikum..lama sudah diri ini tidak mencoretkan sesuatu pada blog diri ini. Bukan kerana sibuk tetapi kerana 'kelemahan' diri ini dalam menguruskan diri ini.

Alhamdulillah diri ini telah selesai mengikuti kursus perkahwinan pada cuti 9-10 febuari yang lalu. Banyak yang diri ini telah pelajari. Semoga semuanya menjadi pengajaran dan teladan kepada diri ini dalam menghadapi dunia rumah tangga kelak..InsyaAllah.



Kini kita di ambang pilihan raya umum yang ke-12. Kehangatan dapat diri ni rase semenjak Pak Lah mengumumkan pembubaran kabinet lagi. Semlm adalah hari penamaan calon, dapat dilihat kelemahan pihak SPR yang menguruskan pilihan raya dimana SPR telah mengemukakan arahan kemudian memansuhkannya kembali. Di sini perlu diteliti apakah contoh tauladan yang boleh diambil dr pemimpin ini. InsyaAllah ini adalah pertama kali bg diri iini mengundi. Semoga kemenangan milik yang HAK.

Alhamdulillah malam ini diri ini diberi kesempatan oleh Allah mendengar kuliah maghrib yang disampaikan oleh Ustaz Ismail di Masjid UTM. Topik malam ini membincangkan hal berkenaan kepimpinan. Setiap peminpin bertanggungjawab terhadap orang yang dpimpinnya. Ini ada tertulis di dalam Al-Quran.

Diri ini berpesan pada diri ini utk memimpin diri ini sebaik mungkin menurut perintah Allah dan meninggalkan larangan-Nya. Diri ini sedar terlalu banyak kesalahan yang diri ini telah lakukan. Kadang kala diri ini alpa akan tanggungjawab diri ini sebagai seorang hamba- Allah, seorang anak, seorang student dan lain-lain lg yang menjadi tanggungjawab diri ini. Diri ini..ingtlah akan pentingnya memelihara solat.Sesungguhnya solat itu tiang agama. Usahlah engkau impikan utk memimpin orang lain andai diri mu itu sendiri tidak terpimpin.

Diri ini bersyukurlah engkau kepada Allah yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang kerana masih lagi membenarkan engkau menghirup udara dan menikmati nikmatnya walaupon engkau melakukan maksiat kepadanya. Diri ini..malulah engkau atas segala maksiat yang engkau telah dan hendak lakukan. sedarlah hidup ini hanya sementara. akhirat kelak kekal selamanya.