Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Kini ramadhan telah meninggalkan kita di sambut pula dgn kedatangan syawal yang mulia. Seperti tahun-tahun yang lalu, kedatangan syawal disambut meriah oleh semua org..tak kira kecik, besar tua muda, yang berpuasa dan yang tidak berpuasa..sesungguhnya hari raya itu adalah untuk orang yang berpuasa.
3 hari sebelum kita beraya, Dr. Sheikh Muzaffar telah selamat berlepas ke ISS. Terasa bangga dalam diri ini bilamana seorang Islam berjaya sampai ke ISS..biarpon beliau bukanlah org Islam yang pertama..tapi bangga kerana beliau merupakan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Sepatutnya kita tidak sahaja melihat perkara ini sebagai suatu sejarah..tetapi melihat dgn lebih jauh dan mendalam apa yang telah Allah nyatakan di dalam Al-Quran..saya tidak hafal ayatnya tapi saya masih ingat sedikit tafsirnya "terokai lah kamu hingga ke langit sekiranya kamu berkuasa"..maaf saya lupa dari surah apa tp apa yang penting disini memang Allah telah khabrkan kepada kita..cuma mungkin kita sahaja yang masih alpa..sedarlah diri ini.
Sehari sebelum berhari raya berbagai persiapan dilakukan..diri ini turut sama dalam menyiapkan rendang, ketupat, lemang dll..di sinilah terasa indahnya dan eratnya hubungan silaturahim. Sudahlah diri ini jarang dapat pulang ke kampung..begitu juga dengan abang dan kakak..so ini lah masa kita mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Abah mesin rumput, Mak bakar Lemang, Abg Awie membersihkan halaman rumah, Adik Yah basuh tingkap, Adik Udin sapu sampah, Kakak dan saya menyiang daging untuk dibuat rendang..Abg E datang lewat..so sempat la tolong kemas2kan dapur..hehehe.
Dengan cuti yang pendek, sempat la jugak diri ini berhari raye..raye yang pertama ke rumah jiran-jiran...pergi ke rumah mak cik siah, mak cik, mak long, mak cik ros dan umah mak su. Nasib baik sempat beraya sebab ramai sgt yang datang pada hari raya pertama tu. Raya ke-2 bawak mak balik kampung di Sg. Siput..lame dah diri ini tidak pulang beraya di kampung mak..hati ini tersentuh bila naik ke rumah peninggalan Arwah Mak Kimat yang sekarang didiami anak angkatnya. Kemudian beraya ke rumah rakan2 arwah mak kimat..pergi rumah pak we, wan kiah, tok lah, tok mat dll..tal lupe jugak rumah Mak Sedara Abah..rumah Pah Teh...
Raye ke-3 beraya bersama2 rakan semasa di SMKA Slim River..seronok sgt mendengar pengalaman sahabat2 yang sudah bekerja. Sempat jugak gi mandi-manda TRAP kat Sg. Klah raye ke-4
Diri ini ingatlah, raya memang ler seronok..tapi masih de lagi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan...kembali membuat thesis. Diri ini dan sahabat sekalian..jgn lupe melaksanakan perkara sunat di bulan syawal ini seperti berpuasa 6. InsyaAllah..semoga kita diberi peluang dan kekuatan untuk menunaikannya...ingatlah barangsiapa yang berpuasa penuh di bulan ramadhan kemudian diikuti berpuasa 6 di bulan syawal maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang tahun...
No comments:
Post a Comment