
Tapi semangat diri ini tidak padam.diri ini mengikuti perjalanan 'gelombang kuning' menerusi tvPAS yang menyiarkan video pada petang itu. Diri ini sangat2 teruja melihat semangat pejuang yang tidak gemtar 'merempuh' sekatan yang dibuat..diri ini mendownload pelbagai version video perhimpunan untuk tatapan, biarpu berulang kali ditonton diri ini tidak penah jemu..sampai ada rakan yang berkata 'ko tak boring ke asyik tgk video ni je?'
Apa yang penting di sini bukan lah berkenaan 'keseronokan' melihat kebangkitan suara rakyat tetapi yang lebih penting tujuan perhimpunan itu dalam mentarbiah diri ini. Bagi diri ini melihat peristiwa ini merupakan teguran kepada golongan pemimpin yang kadang kala 'tergelincir' dari landasan Allah. Kadang kala golongan pemimpin ini alpa dan terlupa akan tanggungjawab, maka tanggungjawab kita untuk menegur mereka.
Oleh itu diri ini sedarlah..perjuang bukan berakhir dengan berakhirnya perhimpunan itu. Masih banyak lagi yang perlu dilakukan. Masih jauh lagi perjuangan diri ini. Teruskan semarakan semangat pejuang ini. Semoga pejuangan ini mendapat redha Allah dan moga Allah mempermudahkan segala urusan kita dalam menegakkan Kalimah Allah di muka bumi dan membantu kita dalam mencegah kemungkaran.
Diri ini, persiapkanlah diri mu sebelum melangkah../
No comments:
Post a Comment