Thursday, September 13, 2007

Tetang Hati..Lillallahi Taala.

2-3 hari lepas saya de berbincang dgn seorg sahabat berkenaan dengan hati..bukan mudah untuk mendidik hati..tadi pon saya sempat dengan kuliah dari seorg ustaz di radio ikim berkenaan dgn hati..antara isi kuliah tersebut adalah berkenaan ramai org yang puasa di bulan ramadhan tetapi ianya sia-sia kerana hati nye..de perasaan riak. harap kita tidak tergolong dalam golongan org yg rugi tu. saya juge de membaca sebuah buku berian along..de perkara yang menarik hati saya nak berkongsi dgn sahabat sekalian..berkenaan "kesungguhan hati dalam membenci maksiat"...melepaskan hati dari dosa. untuk cegah dosa yang disebabkan kejahilan dan kelengahan adalah dengan belajar dan mengamalkan ilmu yg telah dipelajari...bertakwa kpd Allah, bergaul dgn para ulama yg selalu menunjukkan kebaikkan dan menerangkan akibat2 dosa. bagi mencegah dosa yang disebabkan oleh hawa nafsu adalah menanamkan kesabaran dlm jiwa, memelihara pandangan dan kemaluan @ memperbanyakan puasa, sedekah, istifar dan memohon perlindungan Allah dr gangguan syaitan..semua adalah peringtan kepada diri sendiri..dan saya hanya nak berkongsi..mari kite mengimarahkan rumah Allah bg menunaikan solat terawih...semoga hari ini lebih baik dari semalam..insyaAllah..
Ya Allah..peliharalah hati ini agar sentiasa ikhlas dalam beribadat kepada Mu...tetapkan kami dalam Islam dan iman hingga ke akhir hayat..

2 comments:

Anonymous said...

baik artikel tu, di sini pun ada sedikit artikel yang menarik tentang
motivasi diri
ini linknya

http://www.mahsuri.com.my/blog/motivasi/sentiasalah-berasa-mahu

nazca_fliqeurz said...

Terima Kasih Min..