Showing posts with label Kehidupan. Show all posts
Showing posts with label Kehidupan. Show all posts

Saturday, September 25, 2010

Kehidupan

Assalamualaikum...semoga kita mendapat rahmat Allah dan diberi hidayah oleh Nya.
Sudah lama diri ini tidak menulis di blog ini, mungkin kerana kekurang diri ini dalam mengendalikan masa yg telah Allah sediakan utj hambanya.



Disini diri ini ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada sesiapa yg mengenali diri ini serta kepada kalian yg menziarahi blog diri ini. Diri ini juga igin memohon berbanyak kemaafan kepada kalian seandainya ada salah dan silap serta dihalalkan makan dan minum. Semoga kita berjumpa lg di Ramadhan yg akan datang.

Tahun ini merupakan kali pertama diri ini menyambut Ramadhan dan Aidilfitri bersam isteri tersayang. Pengalaman yang menarik dengan pertambhan keluarga serta sanak saudara.



Kesabaran dalam menjalani ibadah Ramadhan yg lalu seharusnya kita teruskan untuk bulan-bulan mendatang, semoga keriangan kita menyambut Aidilfitri kali ini tidak kita meninggalkan ibadah yg kita amalkan dibulan ramadhan.

Salam Aidilfitri,
Zulhilmi bin Zainal Abidin

Friday, April 10, 2009

Kehidupan - Alhamdulillah

Alhamdulillah..syukur kehadrat Allah S.W.T atas segala rahmatnya. Sudah lama diri ini tidak meng'update' blog diri ini. Syukur hari ini terdapat idea yang ingin ditulis.

Melihat dalam diri ini terasa bertuahnya diri ini bilamana dikurniakan nikmat Islam, kesihatan, keluarga, makan minum, dan lain-lain lagi. Walau bagaimana pun terdapat sedikit masalah sebagai pengajaran buat diri ini dalam mencari erti kehidupan. Semoga Allah memudahkan segala urusan diri ini dan keluarga.

Melihat perkembangan dalam negara, diri ini melihat akan kemeriahkan politik tanah air dan juga perubahan dalam pentadbiran. Semoga Malaysia ditadbir oleh pemimpin yang adil dan mendaulahkan Islam sebagai asas pentadbiran.



Akhir tahun lepas office tempat diri ini bekerja telah mengadakan Office Trip ke Pulau Pangkor. Meriah dan seronok menikmatan keindahan alam ciptaan Allah.