Alhamdulillah..bersyukur kita kehadrat Allah..kerana masih diberi peluang utk hidup di atas muka bumi ini. Pagi td diri ini telah menerima satu artikal bertajuk "Lowest Risk, Highest Return". Penulisnya diri ini tidak ketahui. Pada pendapat diri ini, artikel ini menarik. Diri ini tertarik untuk menbincangkan dari sudut pandangan diri ini yang dhaif ini.
Di zaman sakarang, kita masing-masing sibuk dengan pelbagai urusan. Antara yang memainkan peranan dalan kehidupan ialah insuran(life insurance) dan pelaburan. Kini pelbagai pihak dan syarikat menyediakan insuran. Insuran yang kita ambil itu adalah utk insuran hayat dan ianya hanya 'cover' untuk di atas dunia. Bagi yang telah meninggal insurannya dinikmati oleh orang yang ditinggalkan.
So bagaimana pula untuk insuran di akhirat, insuran akhirat adalah agama. Bagi kita yang beragama Islam kita mestilah bersyukur kerana itulah 'insuran' sebenar dan itulah insuran terbaik. Bagi mereka yang tidak 'memilih' insurans Islam sebagai 'afterlife insurance' atau tidak mengambil pakej penuh(full package) boleh la menganalisa sendiri akan risiko dan juga pulangannya nnti.
Risiko yang dimaksudkan disini adalah neraka. Agama pula sebagai insuran. Jadi Islam adalah yang terbaik. Dan agama lain turut mempunyai neraka selepas kematian, Tapi pakej yang ada dalam Islam adalah paling sempurna maka 'insuran' adalah terbaik kerana risiko nya rendah.
Berkata mengenai pulangan pula, kini kebanyakan pakej insuran disertakan sekali dengan pelaburan. Insurance Islam merupakan insuran beriko rendah dan pulangan tinggi. Insuran lain turut 'menyediakan' pulangan tetapi bagaimana proses untuk mendapatkan pulangan itu terlebih dahulu mesti dikaji.
Islam menyediakan pulangan yang tinggi iaitu Syurga Firdaus, maka prosesnya adalah cara hidup kita diatas dunia. Bagi 'insuran' lain kita dapat lihat proses pelaburan yang amat tidak 'telus' dan 'mencurigakan'. Maka bagaimana pula ia boleh menjanjikan pulangan yang tinggi.
Maka, di sini diri ini mengingatkan diri ini sendiri dan juga sahabat marilah kita memilih Insuran Islam dan seterusnya mengambil 'full pakej' agar kita beroleh pulangan yang tinggi dan risikonya rendah.
p/s - maaf andai tulisan diri ini agak 'berat' untuk difahami. Moga beroleh apa yang 'tersirat' dan 'tersurat'
No comments:
Post a Comment