Showing posts with label I luv islam. Show all posts
Showing posts with label I luv islam. Show all posts

Friday, October 31, 2008

Insuran Selepas Kematian

Alhamdulillah..bersyukur kita kehadrat Allah..kerana masih diberi peluang utk hidup di atas muka bumi ini. Pagi td diri ini telah menerima satu artikal bertajuk "Lowest Risk, Highest Return". Penulisnya diri ini tidak ketahui. Pada pendapat diri ini, artikel ini menarik. Diri ini tertarik untuk menbincangkan dari sudut pandangan diri ini yang dhaif ini.

Di zaman sakarang, kita masing-masing sibuk dengan pelbagai urusan. Antara yang memainkan peranan dalan kehidupan ialah insuran(life insurance) dan pelaburan. Kini pelbagai pihak dan syarikat menyediakan insuran. Insuran yang kita ambil itu adalah utk insuran hayat dan ianya hanya 'cover' untuk di atas dunia. Bagi yang telah meninggal insurannya dinikmati oleh orang yang ditinggalkan.

So bagaimana pula untuk insuran di akhirat, insuran akhirat adalah agama. Bagi kita yang beragama Islam kita mestilah bersyukur kerana itulah 'insuran' sebenar dan itulah insuran terbaik. Bagi mereka yang tidak 'memilih' insurans Islam sebagai 'afterlife insurance' atau tidak mengambil pakej penuh(full package) boleh la menganalisa sendiri akan risiko dan juga pulangannya nnti.

Risiko yang dimaksudkan disini adalah neraka. Agama pula sebagai insuran. Jadi Islam adalah yang terbaik. Dan agama lain turut mempunyai neraka selepas kematian, Tapi pakej yang ada dalam Islam adalah paling sempurna maka 'insuran' adalah terbaik kerana risiko nya rendah.

Berkata mengenai pulangan pula, kini kebanyakan pakej insuran disertakan sekali dengan pelaburan. Insurance Islam merupakan insuran beriko rendah dan pulangan tinggi. Insuran lain turut 'menyediakan' pulangan tetapi bagaimana proses untuk mendapatkan pulangan itu terlebih dahulu mesti dikaji.

Islam menyediakan pulangan yang tinggi iaitu Syurga Firdaus, maka prosesnya adalah cara hidup kita diatas dunia. Bagi 'insuran' lain kita dapat lihat proses pelaburan yang amat tidak 'telus' dan 'mencurigakan'. Maka bagaimana pula ia boleh menjanjikan pulangan yang tinggi.

Maka, di sini diri ini mengingatkan diri ini sendiri dan juga sahabat marilah kita memilih Insuran Islam dan seterusnya mengambil 'full pakej' agar kita beroleh pulangan yang tinggi dan risikonya rendah.

p/s - maaf andai tulisan diri ini agak 'berat' untuk difahami. Moga beroleh apa yang 'tersirat' dan 'tersurat'

Monday, April 7, 2008

KENYATAAN HIDUP DISEBALIK PERMAINAN INI

Diri ini telah menerima satu kisah yang ingin diri ini kongsikan bersama..semoga kita beroleh rahmat Allah...

Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada satu permainan... Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah "Kapur!", jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!"

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru bersilih-ganti mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi, tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok lagi. Selang beberapa saat, permainan berhenti.

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. Pada mulanya agak sukar bagi kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita
tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni akidah/hukum Islam
dari masa ke semasa.

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit
menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya Guru kepada anak muridnya.

"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya......

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?"

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan selainnya. Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid, begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara ansur-ansur, sehingga kita tidak sedar.

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat. Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah dihancurkan. ..."

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merosakkan kita. Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang dijalankan oleh musuh musuh kita... "

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?" tanya murid- murid.

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." "Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun".

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita
berdoa dahulu sebelum pulang..."


RENUNGILAH SAHABAT SEMUA..

TOLONG SEBARKAN PADA SAUDARA2 ISLAM KITA..MOGA ALLAH MEMBERI TAUFIQ DAN
HIDAYAH PADA KITA DAN KELUARGA KITA... MARILAH KITA SAMA2 SEDAR BAHAWA
AGAMA,BANGSA DAN TANAHAIR KITA SEMAKIN TERANCAM!

UMAT ISLAM SEMAKIN MUDAH DIBELI DENGAN WANG RINGGIT, DILALAIKAN DENGAN
KEINDAHAN DAN MEMUJA KESERONOKAN HIDUP, HINGGA HILANG MARUAH DAN HARGA
DIRI!!

JUSTERU, MARILAH, KITA BETULKAN APA YG TERMAMPU BERSAMA2..USAH HANYA
BILA SEGALANYA SUDAH TERJADI, SAMA SEPERTI SAUDARA KITA DINEGARA2
LAINNYA, BARU KESEDARAN ITU TIMBUL, MUNGKIN MASIH BELUM TERLAMBAT TAPI
KITA SUDAH TERLEWAT UTK MERUBAH DAN MEMBAIKI KEROSAKAN YG DIALAMI.

Semoga yang baik dijadikan teladan dan yang buruk
dijadikan sempadan..ALLAHU AKHBAR