Monday, October 27, 2008

Engkau dan Juga Kepuasan Engkau.

Alhamdulillah...syukur kehadrat Allah dgn limpah kurnia nya dapat diri ini mencoretkan sesuatu dalam diri ini. Kebelakangan ini diri ini merasakan telah banyak kesalahan yang telah diri ini lakukan. Dapat dirasakan bahawa diri imi semakin merosot dalam segi pembaikan diri. Dan kadang kala terasa begitu sukar untuk berubah ke arah kebaikan tetapi begitu mudah mendekatkan diri kepada kemaksiatan.

Alhamdulillah..diri ini bersyukur dengan nikmat Iman dan Islam yg telah Allah kurniakan. Diri ini sedih dan menyesal bila mana diri ini sering saja alpa akan tanggungjawab dan juga lupa atas nikmat rezki yang telah Allah kurniakan kepada diri ini.

Diri ini menyedari adalah bukan mudah untuk memuaskan keinginan semua pihak. Diri ini berbisik pada diri ini, sesungguhnya diri ini adalah insan biasa yang cube mengelak dari menyebabkan berlakunya perkara yang Allah tidak sukai. Ketahuilah bahawa diri ini ingin bersama-sama dalam memenuhi tuntutan saudara tetapi diri ini sedar akan kemampuan dan tanggungjawab diri ini.

Untuk itu diri ini memohon jutaan kemaafan atas segala tindakan diri ini yang telah menyusahkan kalian, yang telah menimbulkan perasaan tidak senang kepada kalian.

Diri ini mendoakan semoga perhubungan dalam ukhwah islamiah dapat menghilangkan rasa ketidakpuasan yang kadangkala boleh merosakkan keindahan kehidupan persahabatan.

Ukhwah fillah abadan Abada...

Monday, October 6, 2008

Alhamdulillah 'new status'

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan yg maha kuasa yang memiliki segalanya. Diri ini bersyukur kehadrat Allah yg telah mengizinkan diri ini untuk melalui bulan Ramadhan sekali lg seterusnya menyambut Aidulfitri. Alhamdulillah, kini blog diri ini sudah berusia setahun. Masih banyak lg yg perlu diri ini perbaiki dan tingkatkan. Di sini diri ini ingin mengambil kesempatan utk mengucapkan 'selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin' kepada seluruh saudara dan sahabat yang kenal secara langsung @ tidak. semoga bergembira meraikan kehadiran hari lebaran ini.



Alhamdulillah..dalam menyambut hari lebaran yang mulia ini, diri ini mengambil kesempatan untuk melangsungkan majlis pertunangan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar seperti yg dirancang. Semoga Allah memudahkan urusan diri ini dan tunang diri ini dalam mencari keredhaan dan rahmat Allah bagi mendirikan rumahtangga.



p/s - Maaf la sbb dh jarang update..

Wednesday, June 25, 2008

Balasan Bagi Diri Ini.

Alhamdulillah...bertuahnya diri ini kerana masih diberi oleh Allah peluang utk bernafas di dunia ini. Diri ini baru sahaja mengalami kemalangan dimana kereta yang diri ini pandu dilanggar oleh sebuah lori 3 tan dan menyebabkan kereta diri ini melanggar sebuah Toyota Alphard yg berada dihadapan kereta diri ini. Alhamdulillah diri ini dan 'sahabat' diri ini tidak mengalami sebarang kecederaan. Tetapi kereta 'sahabat' diri ini rosak teruk. ini yang mengingatkan diri ini atas dosa-dosa yang diri ini telah lakukan...(tidak membaca doa dan melalaikan solat).

Diri ini menganggap apa yang telah berlaku adalah sebagai satu balasan terus atas kesalahan diri ini. Diri ini...ingat betapa bertuahnya diri ini bilamana diri ini terus sahaja beroleh pekerjaan dan beroleh pelbagai offer dari lain-lain firm. Diri ini berusahalah untuk memenuhkan salah satu 'tugas' yang belum selesai. Ya Allah permudahkan lah aku dan sahabatku untuk mendirikan rumahtangga. Semoga perancangan kami beroleh rahmat dan keredhaan-Mu.

Friday, June 13, 2008

Kesempatan Yang Ada...

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih mengizinkan diri ini utk menulis. Kini alhamdulillah diri ini telah memasuki satu lagi fasa kehidupan iaitu alam pekerjaan.

Memang tidak dinafikan alam pekerjaan amat diinginkan ketika diri ini masih belajar..Bagi diri alam persekolahan dan pekerjaan semuanya seronok. Diri ini hanya berharap agar diri ini tidak lupe dr mengingati Allah atas segala kurniaan nya pada diri ini yang tidak terkira banyaknya...

Saturday, May 17, 2008

Ar-Rahman dan Ar-Rahim II

Alhamdulillah..segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam..semoga diri ini dan kalian semua dirahmati. Di sini diri ini ingin menyambung bingkisan berkenaan apa yang diri ini telah lalui dan pelajari dalam menyiapkan thesis.

seminggu sebelum tarikh submission, diri ini dikehendaki mengubah design..kalo ikutkan perkiraannye mmg tak cukup masa, diri ini berkata pada diri ini jangan putus asa, alhamdulillah..diri ini bersyukur pada Allah kerana dengan izinnyelah membenarkan diri ini untuk menghantar thesis pada masanya. semua ini berlaku dengan izinnya..walaupon diri ini tidak berpuas hati dengan hasilnya..tp diri ini bersyukur kerana Allah masih lagi memberi belas kasihannya pada diri ini..di saat itu, diri ini sedar semua ini tak kan terjadi tanpa keizinan-Nya.

diri ini terfikir, bagaimana andaikata Allah menguji diri ini dengan rosaknya PC, hard disk corrupt, board x leh print..adakah diri ini mampu menghadapi nya...Semoga diri ini tabah dalam menghadapi dugaan Allah. diri ini sedar, diri ini banyak meminta pertolongan orang disekeliling..maafkan diri ini andai menyusahkan kalian. terutama kepada ibunda dan ayahda. Diri ini tahu yang ibunda tercinta sampai tak lalu makan dan kurang sihat bilamana anakda memberi tahu keadaan anakda.."mak..maafkan emi.." . begitu juga pada 'sahabta' yang rapat denagn diri ini yang tidak putus2 memberikan dorongan dan nasihat. begitu juga mmber2 architect yang memberi pertolongan dan dorongan.

Ya Allah..pada-Mu sahaja diri ini mampu mengadu dan berserah..sesungguhnya Engkau lah yang mampu memperkenankan segala permintaan..Alhamdulillah..syukur kerana memberikan diri ini segala yang diri ini beroleh kini...

Sunday, April 27, 2008

Ar-Rahman dan Ar-Rahim

Alhamdulillah..setelah 2 minggu bergelumang dengan design dan report thesis akhirnya diri ini kembali di beri kesempatan oleh Ar-Rahman dan Ar-Rahim utk mencoretkan sesuatu. Banyak perkara yang telah diri ini lalui sepanjang 5 tahun di UTM. Bagi diri ini, ini adalah suatu pengalaman suka duka dlaam mencari erti kehidupan.

Hari ini adalah tarikh utk diri ini submit report thesis. InsyaAllah, semuanya akan berakhir selepas 2 hb Mei nanti. Diri ini mendoakan semua rakan-rakan yang telah berusaha keras akan grad dengan jaya nya. Banyak perkara yang diri ini ingin kongsi kan. Kali ini diri ini ingin kongsikan berkenaan pengalaman diri ini berkenaan 'bantuan dan pertolongan Allah'

Diri ini bukanlah seorang student yang cemerlang, banyak kelemahan dan kekurangan diri ini. Dalam menghabiskan thesis ini diri ini belajar apa yang dikatakan Allah Maha Pemurah dan Allah Maha Mengasihani. Walaupon keputusan penuh thesis diri ini masih belum diketahui, diri ini memanjatkan kesyukuran pada-MU Ar-Rahman, Ar-Rahim kerana dengan sifat Pemurah dan Penyayang-MU telah Engkau kurniakan pada tu rezeki yang besar ertinya pada diriku. Diri ini sedar diri ini hanyalah seorang insan yang lemah lagi hina kerana memerlukan pertolongan-Mu dalam melakukan sebarang perkara. Syukur Alahamdulillah..segala puji bagi Allah Tuhan sekalian Alam.

Diri ini juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibunda dan ayahda tercinta kerana nasihat dan semangat yang telah berikan. Diri ini mohon maaf pada ibunda dan ayahda kerana diri ini sering merisaukan ibunda dan ayahda. Ya Allah ampunkan dosaku, dosa kedua ibubapaku, golongkan lah kami dalam golongan orang yang beroleh Rahmat-Mu di dunia dan Akhirat.

Kepada Rakan-rakan, terima kasih kerana sentiasa memberi semangat dan nasihat pada diri ini. Diri ini mendoakan semoga kita semua akan beroleh kecemerlangan di dunia dan akhirat.



Alhamdulillah..syukur kepada Allah dengan segala nikmat kurnianya kepada diri ini dan sekalian umat. Syukran kepada ibunda dan ayahda tercinta, Kakak dan family, Abg E dan family, Abg Awie dan family, Adik Yah dan Adik udin yang sentiasa mendoakan diri ini. Semoga Allah memberi Rahmat kepada kita semua.

Wednesday, April 9, 2008

Menanti Di Barzakh

Alhamdulilah..pada malam ahad yg lalu, diri ini telah di beri kesempatan oleh Allah untuk menghadiri 1 forum yg amat menarik..tajuk forum tu 'Menanti di Barzakh'. Forum tu di seri kan lg dgn kehadiran kumpulan nasyid Far East. Sempat jugak Far East menyampaikan 3 buah lagu termasuklah lagu 'Menanti Di Barzakh'. Ahli Panel forum tu adalah Ustaz Ismail, timbalam pengarah Masjid Sultan Ismail, UTM dan Dato' Daud Che Ngah. Forum malam tu mg menarik sehingga tak sedar abis pkl 1 pagi.



Kalau diikutkan mmg tak cukup lg mase tu, tp apa kan daya..masa terbatas. Antara isi kandungan yg dibincangkan dalam forum tersebut seperti perjalanan kehidupan ini bermula dari alam roh, kemudian alam rahim, kemudian alam hayah, kemudian alam barzakh, kemudian alam mahsyar dan alam pertimbangan dan balasan.

Tertarik dgn ulasan Ustaz Daud Che Ngah yg menyimpulkan kehidupan ini dalam pengiraan nya yg mana kalau diikutkan terlalu sedikit ibadah yang kita lakukan berbanding usia yang Allah berikan. Padahal telah terang bahawa tujuan Allah mencipta manusia dan jin adalah untuk beribadah kepada-Nya.

Hidup ini dihabiskan dgn main, tido, mkn dan sebagainya..termasuk la ketika usia kecil yg mane kite hanya tido dn makan sahaja. Antara akal dan nafsu yang manakah masuk kedalam badan manusia terlebih dahulu?..jawapannye adalah nafsu. Itulah yg berlaku kepada manusia..lahir2 je sudah inginkan nikmat susu ibunda..

Dalam forum tersebut juga dibincangkan juga berkenaan kehidupan selepas kematian. Ya Allah..diri ini memohon agak diri ini, ibu bapa diri ini, saudara dan seluruh umat Islam mati dalam keadaan beriman kepada Mu..Ya Allah. Satu kerugian dan kehinaan bilamana mati dalam keadaan tidak beriman.

Pelbagai perkara yg kita akan tempuhi dalam Alam Barzakh dan akhirat kelak.. Ya Allah tutuplah aib ku di dunia dan akhirat kelak...

Di sini diri ini sertakan lirik lagu kumpulan Far East..Menanti Di Barzakh.


Menanti Di Barzakh (Bayati, Bayati Husaini & Nahwand)
by Far East

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,

Perjalanan Rohku,
Melengkapi Sebuah Kembara,
Singgah Di Rahim Bonda,
Sebelum Menjejak Ke Dunia,
Menanti Di Barzakh,
Sebelum Berangkat Ke Mahsyar,
Diperhitung Amalan,
Penentu Syurga Atau Sebaliknya,

Tanah Yang Basah Berwarna Merah,
Semerah Mawar Dan Jugak Rindu,
7 Langkah Pun Baru Berlalu,
Susai Talkin Penanda Syahdu,
Tenang Dan Damai Di Pusaraku,
Nisan Batu Menjadi Tugu,
Namun Tak Siapa Pun Tahu Resah Penantianku,

Terbangkitnya Aku Dari Sebuah Kematian,
Seakan Ku Dengari,
Tangis Mereka Yang Ku Tinggalkan,
Kehidupan Disini Bukan Suatu Khayalan x2
Tetapi Ia Sebenar Kejadian x2

Kembali Oh Kembli,
Kembalilah Kedalam Diri,
Sendirian Sendiri,
Sendiri Bertemankan Sepi,
Hanya Kain Putih Yang Membaluti Tubuhku,
Terbujur Dan Kaku,
Jasad Terbujur Didalam Keranda Kayu,

Ajal Yang Datang Dibuka Pintu ,
Tiada Siapa Yang Memberi Tahu,
Tiada Siapa Pun Dapat Hindari,
Tiada Siapa Yang Terkecuali,
Lemah Jemari Nafas Terhenti,
Tidak Tergambar Sakitnya Mati,
Cukup sekali Jasadku Untuk Mengulangi,

Jantung Berdenyut Kencang,
Menantikan Malaikat Datang,
Mengigil Ketakutan Gelap Pekat Dipandangan,
Selama Ini Diceritakan x2
Kini Aku Merasakan x2
Dialam Barzakh Jasad Dikebumikan x2

Ku Merintih, Aku Menangis,
Ku Meratap, Aku Mengharap,
Ku Meminta Dihidupkan Semula,
Agar Dapat Kembali Ke Dunia Nyata,