Saturday, January 26, 2008

Salahudin - Penakluk Jerusalem

Alhamdullilah..semalam diri ini berkesempatan menghabiskan sebuah novel sejarah Islam yang bertajuk Salahudin - Penakluk Jerusalem karya Abdul Latip Talip. Menarik isi nya sehinga diri ini mengambil masa perjalanan ke Kuala Lumpur sahaja menghabiskan buku ini. Buku itu yang menceritaka sejarah diri Pahlawan Islam terbilang Salahudin Al-Ayubi sejak dari kecil sehingga beliau menakluk Jerusalem.

Beliau yang dididik dengan ilmu agama dan peperangan sejak dari kecil lagi oleh bapanya dan bapa saudaranya. Kemudian beliau diarah berkhidmat di Mesir sehingga beliau dilantik menjadi Perdana Menteri Mesir.



Semenjak tu beliau tidak lagi berminat pada dunia tetapi pada jihad dan menegakkan kalimah Allah serta berniat membebaskan Baitul Maqdis. Dengan kebijaksaan dan keberanian beliau menguasai sedikit demi sedikit kawasan di sekitar Batul Maqdis. Beliau menggunakan teknik peperangan yang Baginda Rasulullah pernah amalkan. Beliau juga turut mengalami perbagai rintangan dan cubaan dalam berjihad.

Bila mana diri ini membaca cerita beliau terasa betapa besarnya pengorbanan yang pernah beliau dan umat Islam terdahulu dalam menakluk Jerusalem. Ketika tentera salib menakluk jerusalem, semua penduduk Islam dibunuh dan wanita diperkosa serta dibunuh. Berbeza dengan penaklukan tentera Islam ketika memasuki Jerusalem, setitik darah pun tidak tertumpah ke tanah.

Nabi Muhamad berkata, "Barang siapa yang bercita-cita mati syahid kerana Allah, nescaya akan diletakkan oleh Allah kedudukannya di tempat para syuhada sekalipun dia mati di atas tempat tidurnya." - Muslim, Abu Daud, Tarmizi Nasai dan Ibn Majah

Allahu akbar! Allahu akbar! Allahu akbar!

Monday, January 21, 2008

Sahabat Ku...

Assalamualaikum...alhamdulillah..marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Ar-Rahman dan Ar-Rahim atas segala nikmat yang telah Dia kurniakan kepada kita.

Minggu ini diri ini banyak bercerita dengan sahabat berkenaan kisah-kisah lama dan perancangan masa hadapan. Bila mana diri ini bercerita dengan sahabat yang berada di Jeddah terasa seolah-olah telah berkenal sejak dari kecil lg. Begitu juga sahabat yang berada di utara tanah air, diri ini dapat merasakan sesuatu perasaan yang 'menyenangkan'. begitu juga sahabat-sahabat yang berada di samping diri ini yang banyak membantu diri ini dalam melakukan pelbagai urusan. Ia la...family jauh di mata, maka sahabat lah tempat diri ini 'menumpang' kasih.

Kisah disebalik perasaan ini adalah ada di antaranya diri ini memang tidak pernah bertemu denagn sahabat-sahabat itu. Tapi perhubungan dan ukhwah yg dilalui merasa diri ini dan sahabat tersebut sangat rapat. Diri ini dan sahabat selalu berkongsi pendapat dan masalah. Sahabat yang berada di Jeddah 'sanggup' mengirim jubah dari sana sebagai hadiah utk diri ini. Terharu rasenye diri ini bile mengenangkan nye. Sahabat-sahabat ini sanggup meluangkan masa dalam mendengar masalah dan celotah diri ini yg kadang kala merapu..hehehe.

Di zaman sekolah dulu pon ada juga sahabat yang sehingga kini masih rapat lagi dengan diri ini. Banyak pengalaman yang dilalui bersama.



Diri ini mendoakan semoga semua sahabat yang mengenali diri ini akan beroleh kejayan di dunia dan akhirat.

Adakah itu yang dinamakan 'manisnya bersahabat'?

Wednesday, January 9, 2008

Maal Hijrah 1429

Salam maal hijrah..alhamdulilah. segala puji bg Allah yang masih memberi peluang kepada kita menikmati nikmat-Nya di dunia yang sementara ini. Alhamdulillah..hari ini adalah hari pertama bg tahun ini. Mlm td telah diri ini telah menghadiri majlis bacaan doa akhir tahun dan awal tahum di Masjid Sultan Ismail, UTM. Alhamdulillah sambutan nya mengalakan. Kemudian disertai dengan ceremah hijrah.

di sini ingin diri ini kongsikan bersama pengisian ceramah semlm. ceramah semlm menceritakan berkenaan bagaimana ingin berhijrah melalui pengajaran yang diambil dari sirah Rasulullah. Ustaz tersebut menjelaskan terdapat 5 step dalam berHIJRAH.

Yang pertama ialah, Muhasabah. jika kita ingin berubah hendaklah kita memuhasabah diri kita melalui melihat kembali setahun yang lepas..atau perkara2 yang telah kita wat pada masa lalu. Bagi diri ini byk sgt salah dan kemaksiatan yang diri ini wat sepanjang tahun lalu. itu jugalah yang terkandung dalam doa akhir tahun yang telah kita bacakan.

yang kedua ialah keazaman. setelah kita muhasabah diri. kita hendaklah meletakkan keazaman yang tinggi dalam menjadi yang lebih baik dengan meningggalkan kemaksiatan yang penah kita lakukan. dalam peristiwa hijrah kita dapat saksikan bahawa Nabi Muhammad mempunyai keazaman yang tinggi dalam menyebarkan dakwah islamiayah.

Yang ketiga ialah tetapkan tujuan. walau apa pon yang berlaku kita hendaklah menetap tujuan kita itu pada tahap tertinggi. ketika peristiwa hijrah itu, terdapat pemuda yang meninggalkan kekayaan semata-mata menurut perintah Allah.

yang keemapat ialah strategi. contoh nya andai seseorang itu berazam utk meninggalkan tabiat merokok. hendaklah die memasang strategi seperti tidak berkawan dengan rakan yang merokok dan lain2 lg.

dan yang terakhir ialah komitmen. di sini ingin diceritakan berkenaan komitmen saidina abu bakar yang menemani rasulullah ketika perjalanan dr mekah ke yathrib. setelah berjalan sehari semlm tanpa henti, rasulullah dan saidina abu bakar telah berehat. saidina abu bakar memberi pendapat biarlah Rasulullah berehat dan die berjaga bg memastikan keselamatan rasulullah. kemudia rasulullah pon tido. kemudian datang seorg pengembala kambing, saidina abu bakar meminta susu kambing maka pengembala itu menguruh saidina abu bakar memerah nya sendiri. dengan tanpa rehat saidina abu bakar mendapatkan kambing dan memerahkan susu. selepas itu pengembala itu pon beredar. saidina abu bakar letakan susu itu dalam cawan dan ditepi rasulullah, tidak sampai hati ingin mengejutkan rasulullah. keesokan harinya apabila rasulullah bgn baginda bertanya kepada saidina abu bkar berkenaan susu itu lalu saidina abu bakar menceritakan hal semlm. kemudian rasulullah minum sehingga abis. kemudian rasulullah ingin meneruskan perjalanan. saidina abu bakar yang tidak berehat itu segera berkata ayuh rasulullah. begitulah komitmen yang ditunjukkan oleh saidina abu bakar dalam berhijrah.

semoga kita mendapat pengajaran dan tauladan daripada coretan ini. semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun lalu.
salam maal hijrah.

Wednesday, January 2, 2008

Kini Kembali

Alhamdulillah..kini diri ini telah kembali ke fakulti bagi meneruskan perjuangan. InsyaAllah, ini merupakan sem diri ini yang terakhir sebelum graduation. Semoga diri ini beroleh kejayaan yang cemerlang di dunia dan akhirat. Dalam cuti yang lalu diri ini bekerja part-time di firm architect yang lame. Alhamdulillah..boleh la dapat duit poket skit. Dapat juga di ini spend mase dengan family di kampung pada ujung2 cuti.



Mase dengan family diri ini sempat menyiapkan reban ayam. Abah cakap nak bela ayam kampung. sempat juga la diri ini melihat ayam kampung di masuk kan ke dalam reban. Semoga segala usaha ini diredhai Allah yang membawa keberkatan. Selasin tu jugak sempat diri ini mengikut abah peri menjala ikan. Alhamdulillah walaupon x banyak pada masih de rezki untuk family diri ini. Sempat juga diri in memcube menjala..dapat jugak seekor ikan sia yang agak besar.

Semoga hari ini lebih baik dari semlm.

Sunday, December 2, 2007

Walimatul Urus + La Tahzan

Alhamdulillah..segala puji bg Allah yang menjadikan sekalian alam.. kini bermulanya cuti sem serentak dgn cuti sekolah..so pelbagai agenda yang telah dirancang oleh diri ini. bermula dengan menghadiri kenduri sahabat diri ini semasa di SMKA Slim River pada 25hb november. Alhamdulillah kini dia sudah bergelar isteri orang. didoakan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Semalam 1hb Disember 2 orang sahabat lg selamat memasuki dunia kekeluargaan. Tahniah diucapkan dan semoga berbahagia ke akhir hayat.

Diri ini sedar yang diri ini masih lagi 'lemah' dalam menghadapi ujian Allah. Semoga jodoh diri ini dipermudahkan.

Hari ini diri ini pergi membeli sebuah buku yang kerap diri ini dengar mengenainya. Banyak yang mengatakan 'kehebatan' buku ini. Buku yang dimaksudkan ialah 'La Tahzan - Jangan Bersedih'. InsyaAllah diri ini cube baca dan fahami isinya.

Tuesday, November 20, 2007

Tazkirah

Sebentar td diri ini mendengar ceramah ustaz shamsuri berkenaan salam..kita dilarang oleh Rasulullah memberi salam dengan ucapan..alaikassalam..kerana itu ucapan salam kepada orang yang telah mati. Ucapan yang dianjurkan oleh Rasullullah ialah Assalamualaikum warahmatullah...

Selepas solat isyak di masjid td..Imam telah membuat sedikit tazkirah berkenaan merapatkan saf. Masih de lagi sahabat yang tidak memahami kehendak merapatkan saf dalam solat. Sesungguhnya merapatkan saf itu sebahagian daripada kesempurnaan solat.

p/s - tegurlah diri ini andai ade kesilapan.

Monday, November 19, 2007

Stage 1

Allahmdulillah..sebentar td baru sahaja diri ini menandatangani surat penyerahan thesis, presentation nye pula pada hari khamis ini, then jumaat pula submittion report. syukur kehadrat AR Rahman dan Ar Rahim yang memberi keizinan untuk diri ini menyiapkan thesis board..alhamdulillah semuanya mengikut perancangan.



Bila diri ini melihat kembali perjalanan hidup diri ini dalam semestar ini yang yang diri ini belajar dan byk juga perubahan yang perlu diri ini lakukan. Diri ini sedar byk kesilapan yang terdahulu yang telah diri ini lakukan..insyaAllah..sekarang diri ini cube melakukan perubahan. Ya Allah berilah diri ini kekuatan dalam mendapat keredhaan-Mu.

2 hari yang lepas diri ini ada membaca tulisan sahabat2 di blog. MasyaAllah..tulisan yang ditulis membawa seribu makna kepada diri ini. bermula dari soal keperibadian hinggalah kepada soal sosial kemasyarakatan. Kini diri ini memulakan langkah dalam melakukan perubahan..

Kepada sahabat ku sekalian, marilah kita melakukan perubahan ke arah kebaikan. jangan engkau risaukan hinaan dunia, risaukan hinaan akhirat kelak..itu yang pasti.
Diri ini sedarlah tanggungjawab mu adalah untuk mentauhidkan Allah, menurut segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Sedarlah bahawa segala nikmat yang ada pada diri ini bukan hak mutlak..ianya hanya pinjaman..Diri ini tidakkah engkau sedar bahawa hidup ini menuju ke arah garisan penamat. Di sana terdapat permulaan yang kelak adabi.

Diri ini inginkan cinta Allah. Diri ini sedar diri ini masih berada di dalam 'keseronokan dunia'..diri ini inginkan pembebasan terhadap dosa-dosa ini. Ya Allah permudahan segala urusan ku. Berilah aku dan sahabat ku petunjuk dan rahmat-Mu.