Wednesday, January 9, 2008

Maal Hijrah 1429

Salam maal hijrah..alhamdulilah. segala puji bg Allah yang masih memberi peluang kepada kita menikmati nikmat-Nya di dunia yang sementara ini. Alhamdulillah..hari ini adalah hari pertama bg tahun ini. Mlm td telah diri ini telah menghadiri majlis bacaan doa akhir tahun dan awal tahum di Masjid Sultan Ismail, UTM. Alhamdulillah sambutan nya mengalakan. Kemudian disertai dengan ceremah hijrah.

di sini ingin diri ini kongsikan bersama pengisian ceramah semlm. ceramah semlm menceritakan berkenaan bagaimana ingin berhijrah melalui pengajaran yang diambil dari sirah Rasulullah. Ustaz tersebut menjelaskan terdapat 5 step dalam berHIJRAH.

Yang pertama ialah, Muhasabah. jika kita ingin berubah hendaklah kita memuhasabah diri kita melalui melihat kembali setahun yang lepas..atau perkara2 yang telah kita wat pada masa lalu. Bagi diri ini byk sgt salah dan kemaksiatan yang diri ini wat sepanjang tahun lalu. itu jugalah yang terkandung dalam doa akhir tahun yang telah kita bacakan.

yang kedua ialah keazaman. setelah kita muhasabah diri. kita hendaklah meletakkan keazaman yang tinggi dalam menjadi yang lebih baik dengan meningggalkan kemaksiatan yang penah kita lakukan. dalam peristiwa hijrah kita dapat saksikan bahawa Nabi Muhammad mempunyai keazaman yang tinggi dalam menyebarkan dakwah islamiayah.

Yang ketiga ialah tetapkan tujuan. walau apa pon yang berlaku kita hendaklah menetap tujuan kita itu pada tahap tertinggi. ketika peristiwa hijrah itu, terdapat pemuda yang meninggalkan kekayaan semata-mata menurut perintah Allah.

yang keemapat ialah strategi. contoh nya andai seseorang itu berazam utk meninggalkan tabiat merokok. hendaklah die memasang strategi seperti tidak berkawan dengan rakan yang merokok dan lain2 lg.

dan yang terakhir ialah komitmen. di sini ingin diceritakan berkenaan komitmen saidina abu bakar yang menemani rasulullah ketika perjalanan dr mekah ke yathrib. setelah berjalan sehari semlm tanpa henti, rasulullah dan saidina abu bakar telah berehat. saidina abu bakar memberi pendapat biarlah Rasulullah berehat dan die berjaga bg memastikan keselamatan rasulullah. kemudia rasulullah pon tido. kemudian datang seorg pengembala kambing, saidina abu bakar meminta susu kambing maka pengembala itu menguruh saidina abu bakar memerah nya sendiri. dengan tanpa rehat saidina abu bakar mendapatkan kambing dan memerahkan susu. selepas itu pengembala itu pon beredar. saidina abu bakar letakan susu itu dalam cawan dan ditepi rasulullah, tidak sampai hati ingin mengejutkan rasulullah. keesokan harinya apabila rasulullah bgn baginda bertanya kepada saidina abu bkar berkenaan susu itu lalu saidina abu bakar menceritakan hal semlm. kemudian rasulullah minum sehingga abis. kemudian rasulullah ingin meneruskan perjalanan. saidina abu bakar yang tidak berehat itu segera berkata ayuh rasulullah. begitulah komitmen yang ditunjukkan oleh saidina abu bakar dalam berhijrah.

semoga kita mendapat pengajaran dan tauladan daripada coretan ini. semoga tahun ini akan lebih baik dari tahun lalu.
salam maal hijrah.

No comments: