Alhamdulillah..segala puji bg Allah yang menjadikan sekalian alam.. kini bermulanya cuti sem serentak dgn cuti sekolah..so pelbagai agenda yang telah dirancang oleh diri ini. bermula dengan menghadiri kenduri sahabat diri ini semasa di SMKA Slim River pada 25hb november. Alhamdulillah kini dia sudah bergelar isteri orang. didoakan semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. Semalam 1hb Disember 2 orang sahabat lg selamat memasuki dunia kekeluargaan. Tahniah diucapkan dan semoga berbahagia ke akhir hayat.
Diri ini sedar yang diri ini masih lagi 'lemah' dalam menghadapi ujian Allah. Semoga jodoh diri ini dipermudahkan.
Hari ini diri ini pergi membeli sebuah buku yang kerap diri ini dengar mengenainya. Banyak yang mengatakan 'kehebatan' buku ini. Buku yang dimaksudkan ialah 'La Tahzan - Jangan Bersedih'. InsyaAllah diri ini cube baca dan fahami isinya.
Mencari jawapan di dalam diri ini untuk menjawab persoalan diri ini dalam memperbaiki diri ini dari kemusnahan diri ini.
Sunday, December 2, 2007
Tuesday, November 20, 2007
Tazkirah
Sebentar td diri ini mendengar ceramah ustaz shamsuri berkenaan salam..kita dilarang oleh Rasulullah memberi salam dengan ucapan..alaikassalam..kerana itu ucapan salam kepada orang yang telah mati. Ucapan yang dianjurkan oleh Rasullullah ialah Assalamualaikum warahmatullah...
Selepas solat isyak di masjid td..Imam telah membuat sedikit tazkirah berkenaan merapatkan saf. Masih de lagi sahabat yang tidak memahami kehendak merapatkan saf dalam solat. Sesungguhnya merapatkan saf itu sebahagian daripada kesempurnaan solat.
p/s - tegurlah diri ini andai ade kesilapan.

Monday, November 19, 2007
Stage 1
Allahmdulillah..sebentar td baru sahaja diri ini menandatangani surat penyerahan thesis, presentation nye pula pada hari khamis ini, then jumaat pula submittion report. syukur kehadrat AR Rahman dan Ar Rahim yang memberi keizinan untuk diri ini menyiapkan thesis board..alhamdulillah semuanya mengikut perancangan.

Bila diri ini melihat kembali perjalanan hidup diri ini dalam semestar ini yang yang diri ini belajar dan byk juga perubahan yang perlu diri ini lakukan. Diri ini sedar byk kesilapan yang terdahulu yang telah diri ini lakukan..insyaAllah..sekarang diri ini cube melakukan perubahan. Ya Allah berilah diri ini kekuatan dalam mendapat keredhaan-Mu.
2 hari yang lepas diri ini ada membaca tulisan sahabat2 di blog. MasyaAllah..tulisan yang ditulis membawa seribu makna kepada diri ini. bermula dari soal keperibadian hinggalah kepada soal sosial kemasyarakatan. Kini diri ini memulakan langkah dalam melakukan perubahan..
Kepada sahabat ku sekalian, marilah kita melakukan perubahan ke arah kebaikan. jangan engkau risaukan hinaan dunia, risaukan hinaan akhirat kelak..itu yang pasti.
Diri ini sedarlah tanggungjawab mu adalah untuk mentauhidkan Allah, menurut segala perintah-Nya dan meninggalkan larangan-Nya. Sedarlah bahawa segala nikmat yang ada pada diri ini bukan hak mutlak..ianya hanya pinjaman..Diri ini tidakkah engkau sedar bahawa hidup ini menuju ke arah garisan penamat. Di sana terdapat permulaan yang kelak adabi.
Diri ini inginkan cinta Allah. Diri ini sedar diri ini masih berada di dalam 'keseronokan dunia'..diri ini inginkan pembebasan terhadap dosa-dosa ini. Ya Allah permudahan segala urusan ku. Berilah aku dan sahabat ku petunjuk dan rahmat-Mu.

Monday, November 12, 2007
Semangat Perjuangan
Salam'alaik..setelah sekian lama tidak meng'update' blog ini kerana 'halangan' yang menimpa diri ini..kini barulah terasa semangat untuk menulis. Teruja dengan tulisan sahabat2 di blog berkenaan Perhimpunan 100k rakyat anjuran BERSIH. Kagum dengan semangat yang ditunjukkan oleh setiap peserta yang terlibat dalam menjayakan perhimpunan itu. Tahniah kepada setiap yang terlibat, diri ini teringin sgt ingin melibatkan diri tetapi apakan daya diri ini masih 'terikat' dgn pekeliling yang dikeluarkan serta masa yang tidak mengizinkan.

Tapi semangat diri ini tidak padam.diri ini mengikuti perjalanan 'gelombang kuning' menerusi tvPAS yang menyiarkan video pada petang itu. Diri ini sangat2 teruja melihat semangat pejuang yang tidak gemtar 'merempuh' sekatan yang dibuat..diri ini mendownload pelbagai version video perhimpunan untuk tatapan, biarpu berulang kali ditonton diri ini tidak penah jemu..sampai ada rakan yang berkata 'ko tak boring ke asyik tgk video ni je?'

Apa yang penting di sini bukan lah berkenaan 'keseronokan' melihat kebangkitan suara rakyat tetapi yang lebih penting tujuan perhimpunan itu dalam mentarbiah diri ini. Bagi diri ini melihat peristiwa ini merupakan teguran kepada golongan pemimpin yang kadang kala 'tergelincir' dari landasan Allah. Kadang kala golongan pemimpin ini alpa dan terlupa akan tanggungjawab, maka tanggungjawab kita untuk menegur mereka.
Oleh itu diri ini sedarlah..perjuang bukan berakhir dengan berakhirnya perhimpunan itu. Masih banyak lagi yang perlu dilakukan. Masih jauh lagi perjuangan diri ini. Teruskan semarakan semangat pejuang ini. Semoga pejuangan ini mendapat redha Allah dan moga Allah mempermudahkan segala urusan kita dalam menegakkan Kalimah Allah di muka bumi dan membantu kita dalam mencegah kemungkaran.
Diri ini, persiapkanlah diri mu sebelum melangkah../

Tuesday, November 6, 2007
Ana @ Diri Ini
Diri ini merancang melalui jalan yang lurus tanpa 'kesesakan', namun kerap kali diri ini tersesat ke lorong yang sempit dan bengkang-bengkok. Kadang kala terbabas jauh dalam 'kegelapan'. Lemahnya diri ini dalam menghadapi 'dunia'.
Bagaimana untuk diri ini beroleh kekuatan iman dan keteguhan hati dalam menghadapi pancaroba yang mendatang. Diri ini ingin kan syurga tapi masih lagi lalai dalam melakukan amal soleh, diri ini takutkan neraka tetapi masih lagi melakukan dosa.
Itulah diri ini.

Tuesday, October 30, 2007
Roda Iman
Ya Allah..ampunkan dosa diri ini yang sering kali gagal dalam 'berperang' dengan musuh-Mu..diri ini sedar akan dosa dan akibatnya..tp diri ini sering kali tersesat di dalam cahaya...Ya Allah..tambahilah Iman dalam diri ini..Ya Allah...ampunkan lah diri ini yang sering alpa...Ya Allah, berikanlah aku hidayah dan rahmat-Mu sepanjang masa..
Banyak perkara yang telah terjadi pada diri ini..diri ini ingtlah keseronokan dunia itu membawa kepada kesengsaraan di akhirat kelak..diri ini carilah kekuatan dalam memperkukuhkan benteng dalam menghadapi musuh yang nyata..Ya Allah..permudahkan lah segala urusan diri ini...
Diri ini takutkan api neraka..tp mengapa diri ini masih lg membuat dosa..Ya Allah ampunkan dosa diri ini..Ya Allah..ampunkan dosa diri ini...Ya Allah..ampunkan dosa diri ini...Ya Allah kuatkan lah iman diri ini...tetapkan lah iman diri ini..jgn biarkan diri ini tunduk pada nafsu dan juga keseronokan dunia..ya Allah..bantulah diri ini..

Wednesday, October 24, 2007
Jubah Dan Diri Ku
Diri ini telah mengenakan jubah bagi menyambut 1 syawal yang lalu. Ini adalah reaksi orang di sekeliling.
Situasi 1
Mak Cik A : Sape la yang datang ni? Ustaz mane lak ni?
Diri ini : Ni amy la mak cik..
Mak Cik A : Ler ingat ustaz mane td..
Situasi 2
Pak Cik B : Eh sape tu? Ler ingat sape td..ha baru balik mekah ke?
Diri ini : 'Teringin nye nk gi Mekah'...cakap dlm ati...
Situasi 3
Pak Cik C : Tuan syeikh...
Situasi 4
Pak Cik D : Ler ingt ustaz td...
Situasi 5 Selepas solat asar di Masjid kat Besout
Abis je sembahyang ramai yang datang salam..Abg E dah gelak2 dah..mesti diorg ingt hang baru balik jordan..hahaha
Macam-macam lagi perkara yang berlaku..tp bg diri ini tak de masalah. Tak salah rasanya diri ini pakai jubah..bukan de kacau/ganggu sesiapa pon..bukan diri ini pakai baju orang lain pon..Mak Abah selalu cite..kat Mekah, orang bawak trailer pon pakai jubah..org bwk teksi pakai jubah..semua org pakai jubah..x de pon masalah kan.

Subscribe to:
Posts (Atom)