Alhamdulillah...bersyukur kehadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya dapat diri ini menjalani ibadat puasa 1430H. Hari ini merupakan 28 Ramadhan 1430H yang panjang. Bermula dengan sahur makan mee gorng skit and nasi goreng skit. Pastu solat subuh.. Kemudian terfikir nak beli barang untuk dibawa blk ke kampung.
Memandangkan boss sudah start bercuti, so diri ini mengambil keputusan utk 'masuk lewat' ke pejabat. Perancangan dibuat dengan kakak tersayang...pergi Mydin, USJ.
Jam 8.15..antar message kat kak mimi (Admin), ckp masuk lewat skit. So terus menuju ke Mydin, jam 8.30 sudah ade di Mydin walaupon pintu masih belum dibuka tp diri ini mendapati sudah ramai yang menuju...Pujian diri ini beri kepada Mydin kerana memasang alunan ayat suci Al-quran.
Jam 9 barulah pintu dibuka...terus ber'shopping' membeli keperluan raya dan untuk berbuka puasa. Masa berlalu trus ke pukul 11, diri ini bertolak ke pejabat, dalam perjalanan terfikir diri ini betapa pantas nye masa berlalu sehingga terasa begitu pantas ramadhan berakhir...sedih memikirkan apa yang diri ini telah buat sepanjang ramadhan kali ini..tersa sikit sgt amalan yg dibuat...jam 11.30 diri ini sampai di pejabat.
Selepas solat jumaat, kakak call dan bg tau ikan yg dibeli tertinggal. So diri ini trus g balik USJ dan kembali ke office.
Kini diri ini menanti solat asar sebelum pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri. Diri ini ingin mengucapkan selamat hari raya..maaf zahir batin. Maafkan lah segala kesalahan diri ini samada secara sengaja atau tidak sengaja...
Berhati-hati di jalan raya...
Mencari jawapan di dalam diri ini untuk menjawab persoalan diri ini dalam memperbaiki diri ini dari kemusnahan diri ini.
Friday, September 18, 2009
Friday, April 10, 2009
Kehidupan - Alhamdulillah
Alhamdulillah..syukur kehadrat Allah S.W.T atas segala rahmatnya. Sudah lama diri ini tidak meng'update' blog diri ini. Syukur hari ini terdapat idea yang ingin ditulis.
Melihat dalam diri ini terasa bertuahnya diri ini bilamana dikurniakan nikmat Islam, kesihatan, keluarga, makan minum, dan lain-lain lagi. Walau bagaimana pun terdapat sedikit masalah sebagai pengajaran buat diri ini dalam mencari erti kehidupan. Semoga Allah memudahkan segala urusan diri ini dan keluarga.
Melihat perkembangan dalam negara, diri ini melihat akan kemeriahkan politik tanah air dan juga perubahan dalam pentadbiran. Semoga Malaysia ditadbir oleh pemimpin yang adil dan mendaulahkan Islam sebagai asas pentadbiran.
Akhir tahun lepas office tempat diri ini bekerja telah mengadakan Office Trip ke Pulau Pangkor. Meriah dan seronok menikmatan keindahan alam ciptaan Allah.

Saturday, January 10, 2009
Palestin - Tanggungjawab Umat Islam
Assalamualaikum...
Alhamdulillah...bertuahnya diri ini melihat keadaan diri ini dan persekitaran diri ini yang tenang dan aman. Sedih dan sayu melihat keadaan saudara-sadara se-Islam yang berada di Palestin yang berjuang menentang zionis. Ya Allah berikan lah kekuatan pada umat Islam dalam menentang Israel terkutuk.

Subscribe to:
Posts (Atom)