Saturday, March 15, 2008

UTM - Trolak - UTM

Alhamdulillah..kini baru diri ini diberi peluang dan idea utk menulis. Sudah lame diri ini tidak mencoretkan sesuatu di blog ini. Banyak perkara yg telah berlaku semenjak tulisan diri ini yg terakhir.

8 mac yang lalu tercatat sejarah dalam diri ini buat pertama kalinya diri ini mengundi. perjalanan diri ini dari utm ke trolak telah menempuh berbgai 'dugaan'. Dugaan yg diri ini maksudkan bukan lah dugaan yg besar td sekadar dugaan kecil. Bermula dengan pilihan samada hendak balik mengundi atau tidak, kerana thesis diri ini masih blum siap dan minggu berikutnya terdapat crit session. So agak berbelah bagi. Selain u juga, urusan membeli tiket. Agak lewat membuat keputusan, so harga tiket naik. Namun diri ini tetap mengambil keputusan utk balik mengundi. Selain mengundi jiran sebelah rumah di kampung mengadakan kenduri kawen anaknye. So agak berbaloi jugak untuk pulang ke kanpung halaman.

Pagi 8 mac tu diri ini membuka kedai abah, suasana pilihan raya di kampung diri ini memang meriah. Terkejut juga bilamana diri ini sampai di kg sehari sebelumnya. Perang poster dan bendera secara besar-besaran. Di sebelah kiri kedai abah terdapat "pondok panas" barisa nasional dipenuhi dengan warna biru, dihadapan kedai di seberang jalan terdapat "pondok panas" PAS. Kelihatan peraih undi kehulur kehilir mencari pengundi. Pkl 12 diri tutup kedai dan pulan kerumah untuk membantu urusan di kenduri.

Diri ini mengambil department membasuh pinggan. kehadiran agak kurang mungkin disebabkan orang ramai keluar mengundi namum kemeriahkan kenduri tetap dirasa. Pada petangnya diri tido sbb keletihan. an malamnya diri ini bersiap utk mengetahui keputusan PRU12. Diri ini, abg. E dan abg. Awie menanti dgn penuh debaran. Bilamana kemenangan beroleh abg. E siap bertakbir lagi. Memang semangat lain macam skit malam tu. Alhamdulillah kini semuanye telah selesai. Ade perubahan yang dapat dilihat.

Keesokan harinya sempat diri ini meneman abah perli menjala. Alhamdulillah rezeki hari tu agak besar. Ikan sebarau, ikan seluang, ikan sia, ikan selat dan ikan kawan menjadi rezeki. So waktu yg paling menyeronokan adalah waktu makan semua berebut ikan.



Pada petangnya diri ini bertolak ke subang, kemudian ke mengambil bas di shah alam seterusnya balik kembali ke utm.

No comments: