Thursday, March 20, 2008

Rasulullah Kekasih Allah

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yg telah memberi kesempatan kepada diri inni untuk meneruskan hidup di atas dunia ini walaupon diri ini sedar banyak dosa yg diri ini telah lakukan. Hari ini 20 April bersamaan 12 Rabiulawal, merupakan tarikh besar kepada umat dunia. Kerana Tarikh inilah lahirnya seorang yang mulia, kekasih Allah Muhammad Bin Abdullah bin Abdul Muthalib(yang sebenarnya Syaibatul Hamd) bin Hisyam Bin Abdul Manaf (nama sebenarnya Al-Mughirah) Bin qushayyi(nama sebenarnya Zaid) Bin Kilab Bin Murrah Bin Kinanah Bin Khuzaimah Bin Mudrikah Bin Ilyas Bin Mudhar Bin Nazar Bin Mu’iddu Bin Adnan (di ambil dr www.yussamir.com).



Diri ini ade membace artikel dalam blog sahabat-sahabat berkenaan Maulidur Rasul. Ternyata masih banyak ilmu yang masih diri ini tidak ketahui. Sejarah sambutan maulidur rasul yg bermula sejak zaman Daulah Fathimiyyah ‘Ubaidiyyah. dan ada jude pendapat yg menyatakan ianya bermula sejak zaman pemerintahan Salahudin Al-Ayubi.
kepada sahabat2 yg ingin maklumat lanjut bolehlah melawat laman

http://www.yussamir.com/2008/03/penerangan-ringkas.html

di situ terdapat perbincangan mengenai sambutan maulidur rasul.

Setelah membaca artikel dan blog sahabat2, terasa kendilnya diri ini. Baik dari pelaksanaan amalan wajib dan sunat, diri ini mengakui masih banyak yang perlu dibaiki. Tertanya pada diri ini banyak manakah penghayatan diri ini terhadap sunat baginda rasululah. Malunya diri ini bilamana byk sunnat dan amalan yg dianjurkan oleh Rasulullah tidak dipraktiskan oleh diri ini.

Lebih menyedihkan lagi bila mana terdapat isu karikatur rasulullah. Mereka mempersendakan kekasih Allah, diri ini hanya mampu mendoakan mereka mendapat balasan setimpal atas penghinaan itu. Ya Allah, kecil nya kuasa diri ini.

Memetik bait-bait dlm nasyid...

Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa

Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Didalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat

Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya kuamalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat

Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga

Ya rasul... ya rasul! ku rindu padamu.... syafaatkan daku
Ya rasul... ya rasul! syafaat kan daku.... ku rindu padamu

Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Adalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah


Semoga diri ini beroleh cinta Allah

No comments: