Tuesday, October 30, 2007

Roda Iman

Ya Allah..ampunkan dosa diri ini yang sering kali gagal dalam 'berperang' dengan musuh-Mu..diri ini sedar akan dosa dan akibatnya..tp diri ini sering kali tersesat di dalam cahaya...Ya Allah..tambahilah Iman dalam diri ini..Ya Allah...ampunkan lah diri ini yang sering alpa...Ya Allah, berikanlah aku hidayah dan rahmat-Mu sepanjang masa..

Banyak perkara yang telah terjadi pada diri ini..diri ini ingtlah keseronokan dunia itu membawa kepada kesengsaraan di akhirat kelak..diri ini carilah kekuatan dalam memperkukuhkan benteng dalam menghadapi musuh yang nyata..Ya Allah..permudahkan lah segala urusan diri ini...

Diri ini takutkan api neraka..tp mengapa diri ini masih lg membuat dosa..Ya Allah ampunkan dosa diri ini..Ya Allah..ampunkan dosa diri ini...Ya Allah..ampunkan dosa diri ini...Ya Allah kuatkan lah iman diri ini...tetapkan lah iman diri ini..jgn biarkan diri ini tunduk pada nafsu dan juga keseronokan dunia..ya Allah..bantulah diri ini..

Wednesday, October 24, 2007

Jubah Dan Diri Ku

Diri ini telah mengenakan jubah bagi menyambut 1 syawal yang lalu. Ini adalah reaksi orang di sekeliling.

Situasi 1
Mak Cik A : Sape la yang datang ni? Ustaz mane lak ni?
Diri ini : Ni amy la mak cik..
Mak Cik A : Ler ingat ustaz mane td..

Situasi 2
Pak Cik B : Eh sape tu? Ler ingat sape td..ha baru balik mekah ke?
Diri ini : 'Teringin nye nk gi Mekah'...cakap dlm ati...

Situasi 3
Pak Cik C : Tuan syeikh...

Situasi 4
Pak Cik D : Ler ingt ustaz td...

Situasi 5 Selepas solat asar di Masjid kat Besout
Abis je sembahyang ramai yang datang salam..Abg E dah gelak2 dah..mesti diorg ingt hang baru balik jordan..hahaha

Macam-macam lagi perkara yang berlaku..tp bg diri ini tak de masalah. Tak salah rasanya diri ini pakai jubah..bukan de kacau/ganggu sesiapa pon..bukan diri ini pakai baju orang lain pon..Mak Abah selalu cite..kat Mekah, orang bawak trailer pon pakai jubah..org bwk teksi pakai jubah..semua org pakai jubah..x de pon masalah kan.

Friday, October 19, 2007

Seminggu Berhari Raya

Alhamdulillah segala puji bagi Allah tuhan sekalian alam. Kini ramadhan telah meninggalkan kita di sambut pula dgn kedatangan syawal yang mulia. Seperti tahun-tahun yang lalu, kedatangan syawal disambut meriah oleh semua org..tak kira kecik, besar tua muda, yang berpuasa dan yang tidak berpuasa..sesungguhnya hari raya itu adalah untuk orang yang berpuasa.

3 hari sebelum kita beraya, Dr. Sheikh Muzaffar telah selamat berlepas ke ISS. Terasa bangga dalam diri ini bilamana seorang Islam berjaya sampai ke ISS..biarpon beliau bukanlah org Islam yang pertama..tapi bangga kerana beliau merupakan bangsa Melayu dan rakyat Malaysia. Sepatutnya kita tidak sahaja melihat perkara ini sebagai suatu sejarah..tetapi melihat dgn lebih jauh dan mendalam apa yang telah Allah nyatakan di dalam Al-Quran..saya tidak hafal ayatnya tapi saya masih ingat sedikit tafsirnya "terokai lah kamu hingga ke langit sekiranya kamu berkuasa"..maaf saya lupa dari surah apa tp apa yang penting disini memang Allah telah khabrkan kepada kita..cuma mungkin kita sahaja yang masih alpa..sedarlah diri ini.

Sehari sebelum berhari raya berbagai persiapan dilakukan..diri ini turut sama dalam menyiapkan rendang, ketupat, lemang dll..di sinilah terasa indahnya dan eratnya hubungan silaturahim. Sudahlah diri ini jarang dapat pulang ke kampung..begitu juga dengan abang dan kakak..so ini lah masa kita mengeratkan lagi hubungan silaturahim. Abah mesin rumput, Mak bakar Lemang, Abg Awie membersihkan halaman rumah, Adik Yah basuh tingkap, Adik Udin sapu sampah, Kakak dan saya menyiang daging untuk dibuat rendang..Abg E datang lewat..so sempat la tolong kemas2kan dapur..hehehe.


Dengan cuti yang pendek, sempat la jugak diri ini berhari raye..raye yang pertama ke rumah jiran-jiran...pergi ke rumah mak cik siah, mak cik, mak long, mak cik ros dan umah mak su. Nasib baik sempat beraya sebab ramai sgt yang datang pada hari raya pertama tu. Raya ke-2 bawak mak balik kampung di Sg. Siput..lame dah diri ini tidak pulang beraya di kampung mak..hati ini tersentuh bila naik ke rumah peninggalan Arwah Mak Kimat yang sekarang didiami anak angkatnya. Kemudian beraya ke rumah rakan2 arwah mak kimat..pergi rumah pak we, wan kiah, tok lah, tok mat dll..tal lupe jugak rumah Mak Sedara Abah..rumah Pah Teh...
Raye ke-3 beraya bersama2 rakan semasa di SMKA Slim River..seronok sgt mendengar pengalaman sahabat2 yang sudah bekerja. Sempat jugak gi mandi-manda TRAP kat Sg. Klah raye ke-4

Diri ini ingatlah, raya memang ler seronok..tapi masih de lagi tanggungjawab yang perlu dilaksanakan...kembali membuat thesis. Diri ini dan sahabat sekalian..jgn lupe melaksanakan perkara sunat di bulan syawal ini seperti berpuasa 6. InsyaAllah..semoga kita diberi peluang dan kekuatan untuk menunaikannya...ingatlah barangsiapa yang berpuasa penuh di bulan ramadhan kemudian diikuti berpuasa 6 di bulan syawal maka seolah-olah dia telah berpuasa sepanjang tahun...

Monday, October 8, 2007

Menjelang Syawal

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah..Tuhan sekalian Alam tiada Tuhan melainkan Allah.
Kini kita berada di penghujung ramadhan yang penuh rahmat dan keberkatan. Bagaimanakah amalan diri ini sepanjang ramadhan kali ini? Semoga Allah menerima segala amalan kita dan menerimanya sebagai amal ibadat..

Setiap yang bermula pasti berakhir..begitu juga dgn ramadhan kali ini...2-3 hari lagi ramadhan akan berakhir dan disambung pula dengan syawal..terasa rindu hati ini kepada suasana ramadhan yang mendamaikan..solat terawih...tadarus al-quran dll lain2 termasuklah bazar ramadhan dgn makanan2 nya..tp itulah hukum dunia..tiada yang kekal..kecuali Allah SWT.

Diri ini mengingtkan pada diri ini dan sahabat..sambutlah syawal dengan penuh rasa kesyukuran..hiasilah syawal kali ini dengan amal takwa..bukan nya dgn perkara2 yang mendatangkan dosa..ya Allah..aku memohon kepada engkau jauhilah diri ini dan sahabat2 ku darp perkara2 yang menghampirkan kami kepada dosa. dalam keseronokan menyambut syawal yang kita lupe menginsafkan diri..kepada yang berkenderaan..memandu@menunggang@membonceng@menumpang diharap berhati-hati di jalan raya..semoga kalian selamat sampai ke destinasi


kepada sahabat-sahabat yang sedang berjuang di perantauan, ingatlah perjuangan anda itu mulia semoga hatimu tabah dan beroleh rahmat Allah..jgn lupe kirimkan khabar berita pada ayah bonda di sini.


Menjelang syawal..diri ini memohon kemaafan kepada setiap jiwa yang mengenali diri ini @ tidak.. diri ini banyak melakukan kesilapan dan ketelanjuran sama ada perbuatan, perkataan, dan tindakan..harap dapat kiranya memaafkan segala kesalahan diri ini..kepada shabat2 yang berada disekeliling..sekali lg diri ini memohon kemaafan atas segala kesilapan..diri ini sedar yang yang salah telah diri ini lakukan..maaf kan diri ini..halalkan makan minumd iri ini sepanjang perkenalan kita..salam aidilfitri...semoga beroleh rahmat Allah yang berterusan...maaf zahir dan batin

Friday, October 5, 2007

Takwa

salam'alaik...alhamdulillah..syukur ke hadrat Allah SWT dengan limpah rahmatnya..diri ini masih lagi diberi kesempatan untuk merasai ramadhan dan udara di bumi bertuah ini. bagi diri ini terasa sekejapnye masa berlalu..pejam celik pejam celik sudah sampai ke penghujung ramadhan..jika dilihat sejarah lalu para sahabat menangis kerana ramadhan semakin berakhir, kini apa yang kita dapat lihat kebanyakan daripada kita gembira bile ujung ramadhan..memang hak bg orang yang berpuasa untuk merayakan eidul fitri..tp 'rahmat' bulan ramadahn itu tidak terdapat dalam bulan2 lain..itu lah yang para sahabat tagih..

ada dikalangan sahabat kita menganggap ramadhan ini SAHAJA sebagai bulan membuat ibadat..dalam bulan ini sahabiah..sahabat2 perempuan yang tidak memakai tudung..ramadhan akan membuatkan mereka mengeledah almari untuk mencari tudung..Alhamdulillah ada sedikit kesedaran berbanding sahabat yang terus tidak memakai tudung di bulan ramadhan..apa yang lebih penting yang perlu kita perhatian kan ialah nilai keTAKWAan kita kepada Allah. Mungkin dalam bulan ramadhan ini..ramai dikalangan kita yang rapat dengan rumah Allah..ke masjid menunaikan solat fardhu mahupun solat sunat terawih..ada yang bertadarus sepanjang ramdhan.apa yang diharapkan ianya tidak terhenti dgn berakhirnya ramadhan..diharap semua itu dapat diteruskan pada bulan2 akan datang..diri ini bukan lah baik sgt...semua yang diutarakan itu adalah peringatan@tazkirah kepada diri ini dan sahabat sekalian..
sedih melihat keadaan masjid skrg..di awal ramdhan masjid penuh sampai x muat, solat pon di atas tar diluar masjid....pertengahan ramadhan boleh la menepatkan diri di dalam masjid..masih de ruang untuk bersolat...di akhir ramadhan barulah tahu betapa besarnya masjid kia..orang yang hadir sedikit..diri ini..berubahlah..

Diri ini..sedarkah engkau yang umurmu ini bukan semakin banyak..ianya sebenar semakin sedikit..sedarlah..semoga kita sama2 dapat meneruskan amal ibadat yang kita lakukan dibulan ramadhan pada bulan2 mendatang..,

Wednesday, October 3, 2007

Diriku dan Tanggungjawab

alhamdulillah...maha suci Allah yang mencipta manusia dengan sebaik-baik ciptaan.
akhir2 ni hati ini sering resah dan tidak menentu..ramadhan semakin menghampiri penghujung..tp adakah diri ini menggunakan ramadhan ini sebaik mungkin...macam mana amalan yang dibuat..semoga segalanya diterima Allah dan diberi ganjaran pahala. Ya Allah ikhlaskan lah hati ini dalam melakukan setiap amalan dan ianya kerana Mu semata-mata.

kebelakangan ini byk kes anak hilang/culik n bunuh. Diri ini bukan nak bincangkan semua itu salah siapa..tp apakah iktibar dari peristiwa tersebut. sebagai hambanya..kita de tanggungjawab. tanggungjawab pada agama, pada diri dan pada orang disamping kita..termasuklah ibubapa..kaum keluarga..sahabat dan masyarakat. apa yang sering berlaku kini..diri ini lebih mementingkan diri sendiri..lebih memikirkan keuntungan diri sendiri. mungkin perkara2 yang kita tidak ingini ni dapat dielakkan jika kita tahu tanggungjawab kita.

erm..bile bercerita tentang 'esok'..diri ini akan bercakap 'aku nak wat yang terbaik..aku nak berubah jadi baik'...tetapi hati ini kekadang ilang arah..lalai..lupe...sikap malas masih de pekat dalam hati ini. Ya Allah..ampuni lah dosaku dan berikan lah hati ini hidayah dan rahmat Mu ya Allah..

Diri ini ingatlah keseronokan dunia itu hanya sementara sahaja..engkau de tujuan yang lebih utama di sana nanti...ingtkan diri ini akan tanggungjawab yang perlu dibuat..